Laman Rasmi Institut Kanser Negara

Laman Rasmi Institut Kanser Negara

Share

Institut Kanser Negara (IKN) merupakan institusi yang dibina khas untuk menangani masalah penyakit kanser dalam negara.

Ini merupakan satu usaha baharu oleh KKM hasil cetusan idea Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi. Institut kanser Negara merupakan projek pertama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang menggunakan model bangunan berinformasi atau building information modeling (BIM). BIM adalah proses mewujudkan dan menggunakan model-model digital untuk mereka bentuk, menyelaras pembinaan dan penyelenggaraan

09/06/2026
Photos from Hospital Mesra Ibadah Institut Kanser Negara's post 03/06/2026
Photos from Dr Dzulkefly Ahmad's post 01/06/2026
01/06/2026

๐——๐—œ๐—ฅ๐—š๐—”๐—›๐—”๐—ฌ๐—จ ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก๐—ž๐—จ

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat, kesejahteraan, keberkatan dan keafiatan berpanjangan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja.

Daulat Tuanku.

Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga kerja Institut Kanser Negara.

29/05/2026

๐Ÿ“ข ๐๐„๐๐ƒ๐€๐…๐“๐€๐‘๐€๐ ๐Œ๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐ƒ๐ˆ๐๐”๐Š๐€!

Orang ramai masih berpeluang menyertai Forum Mengenali Rawatan Kanser anjuran Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) IKN dengan kerjasama Institut Kanser Negara (IKN).

โœจ Pendaftaran Penyertaan kini masih dibuka bagi:
โœ… ๐Š๐ž๐ก๐š๐๐ข๐ซ๐š๐ง ๐Ÿ๐ข๐ณ๐ข๐ค๐š๐ฅ ๐๐ข ๐€๐ฎ๐๐ข๐ญ๐จ๐ซ๐ข๐ฎ๐ฆ ๐ˆ๐ง๐ฌ๐ญ๐ข๐ญ๐ฎ๐ญ ๐Š๐š๐ง๐ฌ๐ž๐ซ ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š ๐ฌ๐š๐ก๐š๐ฃ๐š

Tempat adalah terhad dan penyertaan adalah berdasarkan kuota pendaftaran.

๐Ÿ—“๏ธ ๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐’๐š๐›๐ญ๐ฎ)
๐Ÿ•ค ๐Ÿ—.๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐ฉ๐š๐ ๐ข
๐Ÿ“ ๐€๐ฎ๐๐ข๐ญ๐จ๐ซ๐ข๐ฎ๐ฆ ๐ˆ๐ง๐ฌ๐ญ๐ข๐ญ๐ฎ๐ญ ๐Š๐š๐ง๐ฌ๐ž๐ซ ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š

Daftar segera sebelum pendaftaran ditutup!


26/05/2026

๐ŸŒ™โœจ ๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐š๐๐ก๐š ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ | ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ โœจ๐ŸŒ™

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di mana jua berada.

Aidiladha merupakan simbol pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan yang mengingatkan kita tentang pentingnya nilai kasih sayang, ihsan dan kebersamaan dalam kehidupan bermasyarakat.

Semoga hari yang penuh keberkatan ini membawa ketenangan, kebahagiaan dan rahmat kepada kita semua serta menjadi inspirasi untuk terus berbuat kebaikan dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

๐ŸŒฟ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H ๐ŸŒฟ
Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan diterima dan diberkati oleh Allah SWT.





Photos from Laman Rasmi Institut Kanser Negara's post 25/05/2026

๐”๐›๐š๐ญ ๐Š๐š๐ง๐ฌ๐ž๐ซ ๐Ž๐ซ๐š๐ฅ - ๐๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐๐จ๐ญ๐จ๐ง๐  ๐Š๐ž?
Hati-hati, tidak semua ubat oral boleh dipotong!

Photos from Laman Rasmi Institut Kanser Negara's post 22/05/2026

๐Œ๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐’๐ž๐ฆ๐š๐ค๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐œ๐š๐ฉ๐š๐ข๐š๐ง (๐€๐ฎ๐๐ข๐ญ) ๐๐ž๐ญ๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ค ๐๐ซ๐ž๐ฌ๐ญ๐š๐ฌ๐ข ๐”๐ญ๐š๐ฆ๐š (๐Š๐๐ˆ) ๐ˆ๐Š๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Institut Kanser Negara (IKN) telah berjaya melalui Mesyuarat Semakan Pencapaian (Audit) Petunjuk Prestasi Utama (KPI) IKN 2026 pada 20 hingga 21 Mei 2026.

Selama dua hari, juruaudit daripada Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjalankan semakan pencapaian KPI secara teliti dan terstruktur merentasi pelbagai perkhidmatan di IKN. Proses ini merupakan sebahagian daripada mekanisme tadbir urus klinikal kebangsaan bagi memastikan standard perkhidmatan IKN kekal tinggi dan berteraskan bukti.

Warga IKN menyambut baik proses audit ini sebagai peluang untuk penambahbaikan berterusan demi kualiti perkhidmatan dan keselamatan pesakit. Majlis penutup turut menyaksikan penyampaian sijil penghargaan kepada para juruaudit KKM sebagai pengiktirafan atas dedikasi dan profesionalisme mereka.

IKN terus komited dalam memenuhi standard perkhidmatan kesihatan kanser bertaraf tinggi demi rakyat Malaysia.

๐Ÿฅ Institut Kanser Negara | Kementerian Kesihatan Malaysia









21/05/2026

๐Ÿฉบ ๐Š๐ž๐ง๐š๐ฅ๐ข ๐ค๐š๐ง๐ฌ๐ž๐ซ ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฅ๐ž๐›๐ข๐ก ๐๐ž๐ค๐š๐ญ, ๐Ÿ๐š๐ก๐š๐ฆ๐ข ๐ฉ๐ข๐ฅ๐ข๐ก๐š๐ง ๐ซ๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฅ๐ž๐›๐ข๐ก ๐ฒ๐š๐ค๐ข๐ง!

Jom sertai Forum โ€œMengenali Rawatan Kanserโ€ anjuran Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH), IKN bersama Institut Kanser Negara untuk mendapatkan pendedahan tentang rawatan, perkhidmatan serta kepentingan penjagaan kesihatan berkaitan kanser daripada pakar-pakar IKN.

๐Ÿ“… ๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐’๐š๐›๐ญ๐ฎ)
๐Ÿ•ค ๐Ÿ—.๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐ฉ๐š๐ ๐ข โ€“ ๐Ÿ๐Ÿ.๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐ญ๐ž๐ง๐ ๐š๐ก ๐ก๐š๐ซ๐ข
๐Ÿ“ ๐€๐ฎ๐๐ข๐ญ๐จ๐ซ๐ข๐ฎ๐ฆ ๐ˆ๐ง๐ฌ๐ญ๐ข๐ญ๐ฎ๐ญ ๐Š๐š๐ง๐ฌ๐ž๐ซ ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š

๐ŸŽŸ๏ธ Penyertaan adalah PERCUMA dan terhad kepada 200 peserta sahaja!

Daftar segera melalui imbasan Kod QR pada poster forum โœจ


Photos from Laman Rasmi Institut Kanser Negara's post 20/05/2026

๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐ก๐ข๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ง๐š๐ง ๐ˆ๐ง๐ฌ๐ญ๐ข๐ญ๐ฎ๐ญ ๐Š๐š๐ง๐ฌ๐ž๐ซ ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š ๐›๐š๐ ๐ข ๐›๐ฎ๐ฅ๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Majlis Perhimpunan Bulanan Institut Kanser Negara bagi bulan Mei 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Auditorium IKN sebagai platform rasmi yang menghimpunkan seluruh warga kerja bagi penyampaian amanat kepimpinan, perkongsian pencapaian semasa serta hala tuju strategik institut.

Majlis yang dianjurkan bersama oleh Unit Kejururawatan, Unit Bekalan Bahan Steril (CSSD) dan Unit Kawalan Infeksi ini mencerminkan semangat kebersamaan, kerjasama berpasukan dan komitmen berterusan warga IKN dalam memperkukuh kecemerlangan organisasi demi penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.

Dalam amanatnya, YBrs. Dr. Nur Aslina Bahakodin, Pengarah IKN, telah menekankan pencapaian semasa institut di samping berkongsi perkembangan pelaksanaan pelbagai inisiatif strategik serta perancangan penambahbaikan berterusan ke arah memperkasakan mutu perkhidmatan kepada pesakit dan masyarakat.

๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐‚๐Ž๐๐“๐Ž๐‡ (๐Œ๐„๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”)
Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada penerima Anugerah Pekerja Contoh IKN bagi bulan Mei 2026 atas dedikasi, profesionalisme serta komitmen tinggi yang telah dipamerkan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

PUAN HASNITAH BINTI MOHD TAIB
Penyelia Jururawat (U9)
Unit Kejururawatan

PUAN SITI NOORHANA BINTI MAKUN
Jururawat (U5)
Wad 6A

Pengiktirafan ini merupakan manifestasi kepada budaya kerja cemerlang, disiplin dan semangat kerja berpasukan yang menjadi tunjang kekuatan warga IKN dalam merealisasikan aspirasi institut.

Semoga kejayaan dan pengiktirafan ini terus menjadi inspirasi serta pemangkin kepada seluruh warga IKN untuk terus memperkukuh integriti, meningkatkan prestasi dan mengekalkan standard profesionalisme yang tinggi dalam setiap peranan yang digalas.




Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Jalan P7, Presint 7
Putrajaya
62250