12/06/2026
Saksikan perkongsian mengenai Fahami Akta 852 : Perlindungan untuk Semua! melalui rakaman sesi TikTok Live MyHEALTHKKM yang telah diadakan pada 3 Jun 2026 di https://youtu.be/jckMJm0bwrU .
Fahami Akta 852 : Perlindungan untuk Semua! (TikTok Live 3 Jun 2026)
Saksikan perkongsian mengenai Fahami Akta 852 : Perlindungan untuk ...
12/06/2026
Pengusaha TASKA & TADIKA, adakah premis anda sudah mempunyai ruang isolasi?
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut sangat mudah merebak di tempat tumpuan kanak-kanak.
Sebagai persediaan dan langkah kawalan awal, pihak pengurusan TASKA, TADIKA atau pusat jagaan WAJIB mewujudkan satu sudut atau bilik isolasi khas.
Sekiranya terdapat anak jagaan yang tiba-tiba menunjukkan gejala semasa berada di pusat jagaan:
ποΈ Asingkan dengan segera anak jagaan tersebut ke ruang isolasi jika mereka mula demam, naik ruam, atau ada ulser mulut.
π Hubungi ibu bapa atau penjaga dengan kadar segera untuk menjemput anak mereka dan membawa mereka mendapatkan rawatan di klinik.
π§Ό Lakukan disinfeksi menyeluruh pada ruang belajar dan alat mainan yang telah disentuh oleh anak bergejala tersebut.
Tindakan pantas pihak taska / tadika dapat menyelamatkan puluhan anak-anak lain daripada rantaian jangkitan berkelompok.
Terus waspada, jaga kebersihan diri dan persekitaran. Lindungi anak-anak kita! β€
10/06/2026
π’ Akan Datang di Aplikasi MySejahtera: Modul MyLapor!
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bakal memperkenalkan modul MyLapor, sebuah modul aduan merokok berpusatkan rakyat secara masa nyata (real-time) menerusi aplikasi MySejahtera.
Selepas ini, lebih mudah untuk kita bersama-sama memainkan peranan melaporkan sebarang perlanggaran berkaitan produk merokok atau v**e demi kesihatan komuniti. Sama-sama kita jaga komuniti kita! πβ¨
Kredit : MySejahtera
10/06/2026
Ada idea projek kesihatan yang berimpak? Geran GPPKM 2026 kini dibuka!
Setiap perubahan besar bermula daripada langkah yang kecil. Jika anda ada idea kreatif untuk membudayakan amalan hidup sihat atau kelestarian persekitaran demi komuniti anda, inilah masanya untuk bertindak.
Permohonan Geran Projek Promosi Kesihatan MyCHAMPION (GPPKM) 2026 kini dibuka. Jangan biarkan idea hebat anda sekadar jadi pelan di atas kertas. Jom realisasikannya demi melahirkan rakyat Malaysia yang sihat sejahtera!
π Mohon Segera!
Scan kod QR pada poster atau klik https://bit.ly/4v2r18s . Hubungi urusetia GPPKM melalui e-mel [email protected] untuk maklumat lanjut.
10/06/2026
Ada Idea Projek Kesihatan? Geran Projek Promosi Kesihatan MyCHAMPION Sedia Untuk Anda!
Saksikan sekarang di https://www.tiktok.com//live
10/06/2026
EBOLA : Virus Bundibugyo
Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok di TV1
Tarikh : 11 Jun 2026 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi
Panel :
Dr. Aznida Binti Mohamad Zaki
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Bahagian Kawalan Penyakit, KKM
10/06/2026
Anak mula demam, ada ruam atau ulser? Lakukan isolasi di rumah dengan segera!
Jika anak anda menunjukkan gejala awal penyakit tangan, kaki dan mulut, tindakan pantas anda di rumah sangat penting untuk menghentikan rantaian jangkitan daripada merebak kepada ahli keluarga yang lain atau rakan-rakan sebayanya.
Jika gejala anak semakin membimbangkan, jangan tunggu lagi. Bawa anak anda ke klinik untuk rawatan dengan segera! π©Ίπ₯
09/06/2026
Ada Idea Projek Kesihatan? Geran Projek Promosi Kesihatan MyCHAMPION Sedia Untuk Anda!
Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/ esok pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama
Panel :
En. Wan Azrin Izani bin Wan Mohd Zain
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
Moderator :
En. Muhammad Muzammil bin Ishak
Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
π― Mata kredit CPD turut disediakan!