๐๐จ๐ซ๐จ๐ญ๐๐ง ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐๐ฆ๐๐ง๐ญ๐๐ฉ๐๐ง ๐๐๐๐ ๐๐๐ค๐๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐ข๐ฅ ๐๐๐ฅ๐๐ฉ๐ ๐๐๐ฐ๐ข๐ญ ๐๐๐๐ซ๐๐ก ๐๐๐ญ๐ฎ ๐๐๐ก๐๐ญ ๐๐ข ๐๐๐ฐ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐๐๐ง๐ ๐๐ซ๐ข ๐๐๐๐๐ง, ๐๐จ๐ก๐จ๐ซ.
Kementerian Perladangan dan Komoditi - KPK
Official page for Ministry of Plantation and Commodities Malaysia. Tanggungjawab utama lain Kementerian masih dikekalkan.
Pada tahun 1972, Kementerian Perusahaan Utama (KPU) telah diwujudkan untuk memajukan industri komoditi negara yang berupaya memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negara. Pada peringkat awal penubuhannya, KPU hanya memberi tumpuan kepada pembangunan dua komoditi utama iaitu bijih timah dan getah. Peranan KPU kemudiannya telah dikembangkan meliputi pembangunan komoditi lain seperti kelapa saw
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
13/06/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
13 Jun 2026 | Sarikei, Sarawak
YB Datoโ Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Program ARAM BESAWIT 2026 yang berlangsung di Dewan Suarah, Sarikei, Sarawak.
Program turut dihadiri oleh YBhg. Datoโ Yusran Shah Mohd Yusof, Ketua Setiausaha KPK dan YBhg. Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir, Ketua Pengarah MPOB.
Program anjuran Persatuan Penanam Kelapa Sawit Dayak Sarawak (DOPPA) ini berjaya menghimpunkan sekitar 300 pekebun kecil bebas dari kawasan Sarikei, Meradong, dan Jalan KJD.
Menerusi program ini, para peserta didedahkan dengan amalan pertanian mampan, teknik pembajaan, pelesenan MPOB, serta pemahaman mengenai regulasi antarabangsa seperti European Union Deforestation Regulation (EUDR).
Para pekebun kecil turut diseru untuk memanfaatkan inisiatif Sustainable Palm Oil Cluster (SPOC) oleh MPOB bagi mendapatkan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) secara percuma.
KPK akan terus memperkukuh kerjasama dengan pelbagai pihak bagi memastikan industri sawit negara kekal mampan, inklusif, dan memberi pulangan terus kepada rakyat.
13/06/2026
๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ | ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri KPK menegaskan pensijilan ini adalah bukti komitmen Malaysia terhadap pengeluaran mampan sekali gus mengukuhkan kedudukan pasaran sawit negara di peringkat global.
Baca artikel penuh di:
Over 54,000 Johor oil palm smallholders secure MSPO certification | New Straits Times BATU PAHAT: More than 54,000 Johor oil palm smallholders have obtained the Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) certification, strengthening the country's position in the global market.
13/06/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
13 Jun 2026 | Batu Pahat, Johor
Johor kini mempunyai lebih 54,000 pekebun kecil bersijil MSPO, termasuk lebih 16,000 pekebun kecil di Batu Pahat, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan pekebun kecil dalam menyokong agenda kemampanan dan daya saing industri sawit negara.
Seiring pencapaian tersebut, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Perladangan dan Komoditi hari ini merasmikan Program Pemantapan MSPO Pekebun Kecil Kelapa Sawit Daerah Batu Pahat di Dewan Peladang Sri Medan, Johor.
Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman pekebun kecil mengenai kepentingan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) sebagai jaminan amalan pengurusan kebun yang mampan, teratur dan memenuhi keperluan pasaran global.
Dalam ucapannya, YB Menteri menegaskan bahawa pekebun kecil merupakan tulang belakang industri sawit negara dan perlu terus diperkasakan melalui latihan, khidmat nasihat, bantuan tanam semula, pembangunan infrastruktur serta pengukuhan koperasi.
KPK akan terus memastikan pekebun kecil mendapat akses kepada bantuan, sokongan teknikal dan maklumat yang diperlukan bagi meningkatkan produktiviti, pendapatan serta kesejahteraan mereka.
13/06/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐: ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐ & ๐
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
13 Jun 2026 | Putrajaya
Pengerusi PUSPANITA Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), YBhg. Datin Nor โAshikin binti Omar hari ini telah menyempurnakan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah bagi Program Cabaran Sihat 10 Minggu Fit & Fabulous PUSPANITA KPK 2026.
Program anjuran Biro Sukan dan Rekreasi PUSPANITA KPK ini dimanfaatkan dengan aktiviti Brisk Walk sejauh 4 kilometer bermula dari perkarangan kementerian menuju ke Anjung Floria, Putrajaya.
Seramai 50 orang peserta merangkumi ahli persatuan dan wakil agensi di bawah kementerian menyertai acara ini bagi menyokong agenda kesedaran kesihatan fizikal serta mental di tempat kerja.
Penganjuran program ini diharapkan dapat menjadi pemangkin berterusan dalam melahirkan warga kerja yang sihat dan produktif, di samping mengeratkan hubungan silaturahim sesama warga kementerian.
12/06/2026
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ | ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
12/06/2026
๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ | ๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ก๐๐ ๐๐๐ซ๐จ๐ค๐๐ข ๐๐๐ซ๐ฃ๐๐ฌ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ซ๐ข๐ฆ๐ฉ๐๐ค ๐๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข
Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) memperkukuh kerjasama dengan PETRONAS Dagangan Berhad bagi memacu pembangunan sektor agrikomoditi negara melalui inisiatif kelestarian dan perluasan akses pasaran.
Baca artikel penuh di: https://www.capitalpost.com.my/plantation-ministry-petronas-dagangan-explore-high-impact-partnerships/
Plantation Ministry, PETRONAS Dagangan Explore High-Impact Partnerships ยป The Capital Post The Capital Post Plantation Ministry, PETRONAS Dagangan Explore High-Impact Partnerships Malaysia The Capital Post Nation News
11/06/2026
๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
11 Jun 2026 | Putrajaya
YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Perladangan dan Komoditi hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Pertemuan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan serta meneroka peluang kerjasama strategik antara kedua-dua kementerian dalam pelbagai bidang yang mempunyai kepentingan bersama.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk usaha memperkukuh kerjasama dan penyelarasan antara KPK dan KPDN dalam aspek pembangunan industri, pengukuhan rantaian bekalan serta inisiatif yang dapat memberi manfaat kepada pemain industri dan rakyat.
KPK komited untuk terus memperkukuh sinergi rentas kementerian bagi memastikan sektor agrikomoditi negara kekal berdaya saing, mampan dan terus menyumbang kepada kemakmuran negara selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
11/06/2026
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ | ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
Jalan P2p, Presint 2
Putrajaya
62000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:30 |
| Tuesday | 08:00 - 17:30 |
| Wednesday | 08:00 - 17:30 |
| Thursday | 08:00 - 17:30 |
| Friday | 08:00 - 17:30 |
