02/06/2026
๐ธ Selamat Menyambut Hari Wesak 2026 ๐ธ
Seluruh warga Unit Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM), Jabatan Perdana Menteri mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak 2026 kepada semua penganut agama Buddha di Malaysia.
Semoga sambutan Hari Wesak kali ini membawa sinar kedamaian, kebijaksanaan dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat Malaysia. Marilah kita terus menyemai nilai kasih sayang, hormat-menghormati dan perpaduan demi mewujudkan masyarakat yang harmoni serta negara yang makmur.
Semoga semangat Hari Wesak menjadi inspirasi untuk kita bersama-sama membina masa depan yang lebih sejahtera dan bersatu padu.
www.ppam.gov.my
www.instagram.com/ppam.jpm
#๐ซ๐ฎ๐ฆ๐๐ก๐๐๐ซ๐ค๐ฎ๐๐ฅ๐ข๐ญ๐ข
#๐ซ๐ฎ๐ฆ๐๐ก๐ฆ๐๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฆ๐ข๐ฅ๐ข๐ค๐ฉ๐๐ง๐ฃ๐๐ฐ๐๐ญ๐๐ฐ๐๐ฆ
#๐ฉ๐ฉ๐๐ฆ๐ฆ๐๐๐๐ง๐ข
31/05/2026
DAULAT TUANKU
Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Patik sekalian daripada seluruh warga Unit Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM), Jabatan Perdana Menteri mendoakan agar Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan, serta dilimpahi rahmat dan keberkatan Allah SWT dalam memayungi rakyat dan memimpin negara yang tercinta.
Semoga Malaysia terus maju, aman dan makmur di bawah naungan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Dirgahayu Tuanku. Daulat Tuanku.
Ikhlas daripada
Seluruh Warga Unit Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM)
Jabatan Perdana Menteri
www.ppam.gov.my
www.instagram.com/ppam.jpm
๐ฒ๐พ๐
#๐ซ๐ฎ๐ฆ๐๐ก๐๐๐ซ๐ค๐ฎ๐๐ฅ๐ข๐ญ๐ข
#๐ซ๐ฎ๐ฆ๐๐ก๐ฆ๐๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฆ๐ข๐ฅ๐ข๐ค๐ฉ๐๐ง๐ฃ๐๐ฐ๐๐ญ๐๐ฐ๐๐ฆ
#๐ฉ๐ฉ๐๐ฆ๐ฆ๐๐๐๐ง๐ข
31/05/2026
๐พ Selamat Menyambut Hari Gawai ๐พ
Seluruh warga Unit Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM), Jabatan Perdana Menteri mengucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai kepada semua masyarakat Dayak yang meraikannya.
Semoga sambutan Hari Gawai pada tahun ini membawa kegembiraan, kemakmuran, kesihatan yang baik serta mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan dan persaudaraan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita.
Marilah kita bersama-sama menghargai kepelbagaian budaya yang menjadi asas keharmonian dan perpaduan Malaysia.
โGayu Guru, Gerai Nyamaiโ
(Semoga Panjang Umur, Sihat dan Sejahtera)
www.ppam.gov.my
www.instagram.com/ppam.jpm
#๐ซ๐ฎ๐ฆ๐๐ก๐๐๐ซ๐ค๐ฎ๐๐ฅ๐ข๐ญ๐ข
#๐ซ๐ฎ๐ฆ๐๐ก๐ฆ๐๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฆ๐ข๐ฅ๐ข๐ค๐ฉ๐๐ง๐ฃ๐๐ฐ๐๐ญ๐๐ฐ๐๐ฆ
#๐ฉ๐ฉ๐๐ฆ๐ฆ๐๐๐๐ง๐ข
25/05/2026
Jom, bersama-sama memeriahkan Sambutan Hari TVET Negara 2026 yang menghimpunkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang tiga hari penganjuran! Pengunjung berpeluang menerokai pameran interaktif, menyaksikan demonstrasi kemahiran secara langsung, mengenali teknologi terkini serta mendapatkan maklumat berkaitan peluang pendidikan dan kerjaya dalam bidang TVET.
๐๏ธ 5 - 7 Jun 2026
โฐ 9.00 pagi - 10.00 malam
๐ Dataran Putrajaya
Sambutan ini turut menjadi platform terbaik untuk membuka mata masyarakat terhadap peranan TVET sebagai pemacu pembangunan negara dan masa depan tenaga kerja berkemahiran tinggi. Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu, menambah pengalaman serta merasai sendiri dunia TVET yang penuh inovasi dan potensi!
25/05/2026
Ibadah korban bukan sekadar menyembelih, tetapi lambang ketaatan dan pengorbanan seorang hamba kepada Allah SWT.
Di sebalik setiap ibadah korban, tersimpan hikmah yang mendidik hati agar lebih ikhlas, menyuburkan ihsan, menjauhkan sifat tamak serta mengeratkan kasih sesama insan.
Semoga ibadah korban yang dilaksanakan menjadi wasilah mendekatkan diri kepada Allah SWT dan meraih ganjaran yang besar di sisi-Nya.
25/05/2026
๐
๐จ๐๐ฎ๐ฌ ๐๐ซ๐จ๐ฎ๐ฉ ๐๐ข๐ฌ๐๐ฎ๐ฌ๐ฌ๐ข๐จ๐ง (๐
๐๐) ๐๐๐ ๐ข ๐๐๐ฃ๐ข๐๐ง ๐๐๐๐๐ซ๐ก๐๐ฌ๐ข๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ง ๐
๐จ๐ซ๐๐ฌ๐ข๐ ๐ก๐ญ ๐๐๐ซ๐ค๐๐ข๐ญ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ค๐ฌ๐๐ง๐๐๐ง ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐๐๐ ๐๐จ๐ง ๐๐ญ๐๐ซ๐
FGD bagi Kajian Keberhasilan dan Foresight Berkaitan Pelaksanaan Program PPAM Zon Utara telah dilaksanakan dengan jayanya pada 21 Mei yang lalu bertempat di Pulau Pinang yang telah dikendalikan oleh Uni Technologies Sdn. Bhd.
Perbincangan ini diadakan bagi mendapatkan maklum balas serta pandangan daripada agensi-agensi Persekutuan dan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, pemaju serta pemain industri dalam sektor perumahan yang berada di kawasan utara seperti Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.
Seramai 50 orang peserta telah menghadiri FGD kali ini yang melibatkan penyertaan daripada Jabatan Perkhidmatan dan Penilaian Harta, Jabatan Kerja Raya, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan Pulau Pinang, Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak, Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang, Pejabat Daerah dan Tanah, Majlis Bandaraya Alor Setar dan sebagainya.
FGD ini akan diteruskan lagi bagi Zon Timur serta Sabah yang dijangka pada bulan Jun akan datang.
22/05/2026
NANTIKAN โ๏ธ
โ๏ธESOKโ๏ธ
๐ฃ Perhatian adik-adik lepasan SPM!
Debaran penantian bakal berakhir apabila keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi bagi Sesi Akademik 2026/2027 mula diumumkan ESOKโ๏ธ๐ฅฐ
๐๏ธ 22 Mei 2026 (Jumaat)
โฐ Bermula jam 12.00 tengah hari
Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan yang diimpikan buat semua calon โจ
Zambry Abd. Kadir
Adam Adli
Aminuddin Hassim
BKPA UPU
21/05/2026
๐๐๐ง๐ ๐ค๐๐ฅ ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ฅ๐๐ซ๐๐ฌ๐๐ง ๐๐ซ๐จ๐๐ฎ๐ค ๐๐๐ฆ๐๐ข๐๐ฒ๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฎ๐ฆ๐๐ก๐๐ง ๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐ ๐๐๐๐, ๐๐๐๐ ๐๐๐ง ๐๐๐
๐๐ ๐๐๐ข ๐๐๐๐
Unit Perumahan Penjawat Awam Malaysia, Jabatan Perdana Menteri (PPAM JPM) telah menyertai Bengkel Penyelarasan Produk Pembiayaan Perumahan anjuran Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) bersama Bank Simpanan Nasional (BSN) semalam.
Bengkel ini diadakan bagi merangka inisiatif strategik dalam menyediakan produk pembiayaan perumahan yang lebih bersesuaian khusus kepada penjawat awam berstatus kontrak, sekali gus membantu golongan tersebut memiliki rumah kediaman sendiri.
Inisiatif ini selaras dengan pengumuman Belanjawan 2026 oleh YAB Datoโ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri di mana kerajaan melalui Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad akan menyediakan jaminan pinjaman sehingga 120% bagi pembelian rumah pertama dengan nilai jaminan mencecah RM1 bilion. Selain itu, Bank Simpanan Nasional turut memperuntukkan dana sebanyak RM500 juta bagi pembiayaan rumah pertama khusus untuk penjawat awam berstatus kontrak.
Bengkel ini merupakan inisiatif pertama yang melibatkan kerjasama strategik antara PPAM, SJKP dan BSN dengan penyertaan seramai 30 pegawai daripada ketiga-tiga agensi. Turut hadir ialah YBrs. Puan Juanita Rusmini Abdul Jalil, Pemangku Pegawai Utama SJKP serta YBrs. Encik Mohd Izwan Nuzaihan bin Jamil, Pengarah PPAM.
Kredit Photo : Media SJKP