03/06/2026
Penyakit Ebola Virus Bundibugyo (BVD)
Dengarkan di THR Gegar esok pada pukul 8.00 pagi bersama Dr. Rosvinder Singh, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM
11/05/2026
𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐓𝐄𝐎𝐑𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀: 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐎𝐍𝐒𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐘𝐀.
Monsun Barat Daya dijangka bermula pada 14 Mei 2026 dan berterusan sehingga September 2026.
Permulaan monsun ini menandakan berakhirnya fasa peralihan monsun yang bermula sejak 29 Mac 2026.
Orang ramai juga disarankan agar sentiasa merujuk maklumat ramalan cuaca serta amaran terkini melalui saluran rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia, bagi memastikan setiap aktiviti dapat dilaksanakan dengan lebih selamat, teratur dan lancar.
07/05/2026
Ramai yang anggap letih dan pening semasa cuaca panas itu perkara biasa tetapi sebenarnya, itu mungkin petanda awal Strok Haba.
Kenali tanda-tanda awal strok haba
➡ Letih melampau
➡ Pening
➡ Dahaga
➡ Kulit rasa panas atau kering
Golongan berisiko tinggi adalah bayi dan kanak-kanak, warga emas, pesakit kronik dan individu aktif.
Jika anda nampak keluarga atau rakan mula mengalami gejala-gejala tersebut, segera bawa mereka ke tempat teduh dan berikan air secukupnya.
29/04/2026
Walaupun taburan hujan di kawasan Lembah Klang kini tinggi, namun masih ada kawasan terutama di Zon Utara, Sabah dan Sarawak masih mengalami cuaca panas.
Pendedahan kepada cuaca panas dan gelombang haba boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.
Kenali gejala kelesuan haba sebelum ia melarat jadi strok haba.
Segera dapatkan rawatan jika tidak sihat! Lindungi diri dan keluarga.