Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air

Share

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air

Ministry of Energy Transition and Water Transformation

25/06/2026

[๐Ÿ“ข PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI KINI KEMBALI! ๐Ÿ›’โœจ]

โ€‹Pihak PUSPANITA cawangan PETRA ingin memohon kerjasama warga PETRA dan komuniti sekitar untuk bersama-sama memeriahkan Program Jualan Rahmah Madani yang berlangsung mulai HARI INI dan ESOK! ๐Ÿ˜

โ€‹Program ini dianjurkan khas oleh PUSPANITA PETRA dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) demi membawakan penjimatan terbaik buat anda!

โ€‹๐Ÿ“Œ Butiran Program:
๐Ÿ“… Tarikh: 25 โ€“ 26 Jun 2026 (Khamis & Jumaat)
โฐ Masa: 8:30 Pagi โ€“ 5:30 Petang
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Baiduri, Menara PETRA, Presint 4

โ€‹๐Ÿ Apa yang menarik?
-โ€‹Barangan Dapur & Makanan Segar berkualiti tinggi.
-โ€‹Harga Mesra Poket โ€“ Harga Rahmah, Jimat Berganda! ๐Ÿ’ฐ

โ€‹๐ŸŒฑ PRO TIP: Jangan lupa untuk bawa beg kitar semula anda sendiri semasa membeli-belah nanti ya! ๐Ÿ›๏ธ๐Ÿ’š

โ€‹Jom datang beramai-ramai dan nikmati penjimatan hebat untuk keperluan harian anda. Jumpa anda di sana! ๐Ÿ‘‹




25/06/2026

๐— ๐—ฒ๐˜€๐˜†๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜ ๐—ž๐—ฒ๐—ฑ๐˜‚๐—ฎ, ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—น ๐—ž๐—ฒ๐—น๐—ถ๐—บ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฟ๐—น๐—ถ๐—บ๐—ฒ๐—ป ๐—ž๐—ฒ-๐Ÿญ๐Ÿฑ ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), menjawab pertanyaan yang dibangkitkan oleh YB Tuan Suhaizan bin Kaiat (Pulai) berhubung perancangan jangka panjang Kerajaan bagi meningkatkan kapasiti sumber air di Johor.

Antara fokus yang dibangkitkan termasuk usaha memperkukuh infrastruktur air melalui pembinaan empangan, loji rawatan air serta pengembangan penggunaan air kitar semula bagi memenuhi permintaan bekalan air yang semakin meningkat, selaras dengan pembangunan Johor sebagai hab utama pusat data di Asia Tenggara.





24/06/2026

๐‘๐š๐ง๐œ๐š๐ค๐ค๐š๐ง ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) terus komited dalam menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat melalui pembinaan infrastruktur tebatan banjir yang berdaya tahan.

Projek Pembinaan Infrastruktur Sabo di Lembangan Sungai Kupang, Baling, Kedah yang bernilai RM26.32 juta telah berjaya siap sepenuhnya pada Disember 2025 โ€” iaitu 12 bulan (setahun) lebih awal daripada jadual pelaksanaan asal.

Pelaksanaan projek berimpak tinggi oleh JPS ini merupakan langkah mitigasi khusus yang bakal memperkukuh perlindungan kepada penduduk Baling daripada risiko:

๐ŸŒŠ Fenomena kepala air
๐Ÿชต Aliran puing (debris flow)
๐ŸŸค Banjir lumpur yang berisiko tinggi di kawasan hulu sungai.







24/06/2026
Photos from Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air's post 24/06/2026

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐ƒ๐”๐“๐€ ๐๐„๐’๐€๐‘ ๐‰๐„๐‘๐Œ๐€๐ ๐Š๐„ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐“๐‘๐€ | ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐‰๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐๐€๐‘๐‹๐ˆ๐Œ๐„๐, ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘

YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Puan Yang Terutama (PYT) Silke Riecken-Daerr, Duta Besar Jerman ke Malaysia, di Bangunan Parlimen. Sesi yang penuh bermakna ini turut disertai oleh delegasi daripada Persatuan Perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Jerman.

Kementerian PETRA mengalu-alukan kemasukan lebih banyak pelaburan daripada syarikat PKS Jerman, khususnya dalam bidang teknologi hijau, tenaga boleh diperbaharui, serta sistem pengurusan dan rawatan air yang selaras dengan agenda pembangunan mampan negara.

Selain sektor industri, kedua-dua pihak turut membincangkan potensi jalinan kerjasama dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Pengalaman dan kepakaran sistem TVET bertaraf dunia yang dimiliki oleh Jerman dilihat mampu dimanfaatkan bagi meningkatkan modal insan serta daya saing tenaga kerja Malaysia dalam mendepani cabaran ekonomi masa hadapan.

Kementerian PETRA optimis bahawa kerjasama strategik ini akan terus memperkukuh hubungan bilateral yang memberi manfaat jangka masa panjang kepada kedua-dua buah negara.





Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Menara PETRA 25, Persiaran Perdana, Presint 4, 62570, Presint 3, 62000
Putrajaya
62574