13/06/2026
๐๐ข๐๐ซ๐๐ง ๐๐๐๐ข๐ - ๐๐๐๐ ๐๐๐ซ๐ข๐ฆ๐ ๐๐๐ฆ๐จ๐ซ๐๐ง๐๐ฎ๐ฆ ๐๐๐ซ๐ค๐๐ข๐ญ๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ฒ๐๐ซ๐๐ค๐๐ญ ๐๐ซ๐๐ง๐ ๐๐ฌ๐ฅ๐ข
13/06/2026
๐๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐๐๐ฃ๐ข๐ ๐, ๐, ๐ ๐๐๐ง ๐๐๐ฐ๐๐ญ๐๐ง๐ค๐ฎ๐๐ฌ๐ ๐๐ฎ๐๐ข๐ญ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ง (๐๐๐) ๐๐จ๐ฉ๐๐ซ๐๐ฌ๐ข ๐๐ซ๐๐ง๐ ๐๐ฌ๐ฅ๐ข ๐๐๐ก๐ฎ๐ง ๐๐๐๐
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) melalui Bahagian Pembangunan Sosioekonomi telah berjaya melaksanakan dua (2) siri Kursus Wajib 1, 2, 3 dan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) Koperasi Orang Asli Tahun 2026 bertempat di Institut Koperasi Malaysia (IKMa).
Kursus yang dilaksanakan pada 21 hingga 24 Mei 2026 bagi siri pertama dan 5 hingga 8 Jun 2026 bagi siri kedua ini melibatkan seramai 29 peserta yang terdiri daripada anggota koperasi Orang Asli dari Selangor, Pahang, Perak, Johor dan Kelantan ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta meningkatkan pengetahuan peserta berkenaan berkaitan tadbir urus dan pengurusan koperasi yang berkesan.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Rasydi bin Abd. Rashid, Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan dan Perundingan Koperasi, Institut Koperasi Malaysia (IKMa).
Turut hadir Encik Muhamad bin Abu Bakar, Pengarah Pembangunan Sosioekonomi, JAKOA, Pegawai-Pegawai Kanan JAKOA dan IKMa.
11/06/2026
๐๐๐ฐ๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ฆ๐๐ฃ๐ฎ๐๐ง ๐๐ซ๐๐ง๐ ๐๐ฌ๐ฅ๐ข (๐๐๐๐๐) ๐ค๐ ๐๐๐ฅ๐๐ซ๐ข ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ญ๐ฎ๐๐ง ๐๐๐ง๐ข ๐๐๐ก๐ข๐ญ ๐๐ซ๐๐๐ญ๐ข๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐ (๐๐๐๐๐)
YBrs. Tuan Ir. Ts. Mahat a/l Mat D**g, TKP (Pembangunan) menjalankan tugas Ketua Pengarah telah mengadakan lawatan ke Galeri Persatuan Seni Jahit Kreatif Malaysia (PSJKM) bagi melihat hasil kerja dan produk keluaran persatuan berkenaan yang menggunakan kemahiran masyarakat Orang Asli.
PSJKM yang dinaungi oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menyediakan inisiatif bantuan mengajar kemahiran bagi menghasilkan pelbagai produk kraftangan selain mampu membantu peserta terlibat menjana pendapatan sampingan.
Tuan Ir. Ts. Mahat turut diberi peluang menurunkan tanda tangan bagi inisiatif khas โUnity Fabricโ, iaitu sebuah projek kolaboratif tekstil yang menghimpunkan tanda tangan dari agensi dan rakan strategik yang pernah bersama PJKSM sepanjang 19 tahun. Hasil projek tersebut akan dijadikan cenderamata rasmi yang akan dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang sempena Majlis Perasmian Program โMicro to Kecilโ dijangka akan dianjurkan pada bulan September 2026.
Turut hadir, Puan Aslina Wati binti Abdullah, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan dan Kebajikan; Encik Che Mohd Ridzuan bin Che Ali, Penolong Pengarah II, Seksyen Pembangunan Komuniti & Latihan serta Encik Chua Jun Yu, Program Stakeholder yang mewakilli Setiausaha PSJKM.
11/06/2026
๐๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐๐ง ๐๐จ๐ซ๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ฆ๐๐ฃ๐ฎ๐๐ง ๐๐ซ๐๐ง๐ ๐๐ฌ๐ฅ๐ข (๐๐๐๐๐) ๐ค๐ ๐๐๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ฆ๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ค๐ฒ๐๐ญ (๐๐๐๐)
YBrs. Tuan Ir. Ts. Mahat a/l Mat D**g, TKP (Pembangunan) menjalankan tugas Ketua Pengarah telah mengadakan kunjungan hormat ke MARA bagi mengadakan sesi perbincangan penajaan latihan kerjaya, TVET dan isu-isu pendidikan selain memperkasa hubungan dua hala bagi kerjasama dalam pembangunan modal insan masyarakat Orang Asli.
Delegasi JAKOA telah disambut oleh Puan Siti Aminah binti Abdul Kadir, Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi yang turut mempengerusikan perbincangan yang diadakan.
Turut hadir, Puan Aslina Wati binti Abdullah, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan dan Kebajikan serta Pegawai-Pegawai Kanan JAKOA dan MARA.
11/06/2026
๐๐๐ค๐ฅ๐ข๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐๐ข๐๐๐ง ๐๐๐ฆ๐๐ฌ๐ฎ๐ค๐๐ง ๐ค๐ ๐๐ง๐ฌ๐ญ๐ข๐ญ๐ฎ๐ญ ๐๐๐ง๐ ๐๐ฃ๐ข๐๐ง ๐๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข (๐๐๐) ๐๐๐ ๐ข ๐๐๐ฅ๐๐ฃ๐๐ซ ๐๐ซ๐๐ง๐ ๐๐ฌ๐ฅ๐ข ๐๐๐ก๐ฎ๐ง ๐๐๐๐
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) melalui Bahagian Pembangunan Modal Insan dan Kebajikan Orang Asli akan menganjurkan Taklimat Persediaan Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi Pelajar Orang Asli Tahun 2026 yang bertujuan bagi memberikan pendedahan awal serta panduan kepada pelajar Orang Asli yang bakal melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian tinggi.
Maklumat taklimat:
๐
Tarikh: 16 Jun 2026 (Selasa)
๐ Masa: 9.00 pagi โ 1.00 petang
๐ป Platform: Secara dalam talian
โ
Pautan pendaftaran: https://docs.google.com/forms/d/1uyF_RZFIT4U_Ugn022DFqFeTfOeEQlYlt8Xwlmn-V34/edit?usp=sharing_eil_se_dm&ts=6a27a0a4
Program ini akan menampilkan perkongsian daripada beberapa panel iaitu:
1๏ธโฃ Puan Aslina Wati binti Abdullah, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan dan Kebajikan Orang Asli, JAKOA
2๏ธโฃ Encik Rahman bin Samsu, Penolong Pengarah I, Bahagian Pembangunan Modal Insan dan Kebajikan Orang Asli, JAKOA
3๏ธโฃ Encik Mohd Firdaus bin Zakaria, Ketua Bahagian Kemasukan, Universiti Putra Malaysia
4๏ธโฃ Encik Wan Muhammad Syafiq bin Wan Aziz, Alumni Orang Asli, Graduan Kejuruteraan Kimia, University of Edinburgh, Scotland
Pelajar Orang Asli yang akan melanjutkan pengajian ke IPT adalah dijemput untuk menyertai taklimat ini.
10/06/2026
๐๐๐ฐ๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฃ๐ ๐๐ข๐ฆ๐๐๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ญ๐ฎ๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐ซ๐๐ก (๐๐๐ฆ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐๐ง) ๐ค๐ ๐๐๐ ๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฆ๐๐ข๐ฅ๐๐ง & ๐๐๐ฅ๐๐ค๐
YBrs. Tuan Ir. Ts. Mahat a/l Mat D**g, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) menjalankan tugas Ketua Pengarah telah mengadakan lawatan kerja ke Negeri Sembilan dan Melaka pada hari ini bagi meninjau beberapa projek, usahawan dan beramah mesra bersama penduduk kampung.
Lawatan bermula dengan penyerahan bantuan kepada usahawan Orang Asli dibawah inisiatif PERKASA (SUAR & LONJAK) kepada Encik Farin Shahieran AK Seli yang mengusahakan perniagaan bengkel motosikal di Kampung Orang Asli Langkap Tanjung, Kuala Pilah.
Lawatan diteruskan ke Balai Rawatan JAKOA bagi beramah mesra bersama penduduk kampung serta petugas kesihatan dan seterusnya ke Kampung Orang Asli Sg. Raya, Jempol bagi meninjau lawatan projek infra (rumah pam dan naik taraf balai raya).
Penutup lawatan, beliau mengadakan kunjungan ke Kampung Orang Asli Bukit Payong, Alor Gajah bagi meninjau projek naik taraf sistem perparitan dan baik pulih rumah selain mengadakan lawatan ke tapak projek ternakan ikan air tawar yang diusahakan oleh Encik Kairul Mahfiz bin Mohd Irwan Redzuan yang juga merupakan penerima bantuan Agrotek di bawah kelolaan JAKOA.
Turut hadir, Encik Muhamad bin Abu Bakar, Pengarah Bahagian Pembangunan Sosioekonomi; Puan Shahrani binti Idderis, Pengarah JAKOA Negeri Sembilan & Melaka; Tok Batin, Pengerusi JPKKOA serta Pegawai-Pegawai JAKOA.
10/06/2026
๐๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐๐๐ ๐ค๐ ๐๐จ๐ฅ๐๐ฃ ๐๐ง๐ข๐ฏ๐๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐๐๐
๐
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah menerima jemputan daripada Kolej Universiti ALFA bagi mengadakan sesi perbincangan dan lawatan untuk bekerjasama dalam bidang pendidikan serta pembangunan modal insan masyarakat Orang Asli.
Kunjungan yang diketuai oleh YBrs. Tuan Ir. Ts. Mahat a/l Mat D**g, TKP (Pembangunan) menjalankan tugas Ketua Pengarah telah disambut oleh YBrs. Prof. Dr. Nurliza Haslin binti Muslim, Naib Canselor Kolej Universiti ALFA dan Dr. Fairuz bin Kamarulzaman, Pengarah Urusan Kolej Universiti ALFA.
Sesi kunjungan ini membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi pandangan mengenai inisiatif yang boleh dilaksanakan dalam memperluas akses pendidikan, latihan kemahiran dan peluang pengajian kepada pelajar Orang Asli selain memperkukuh komitmen JAKOA bersama pelbagai pihak berkepentingan dalam agenda memperkasa pendidikan.
Turut hadir, Puan Aslina Wati binti Abdullah, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan dan Kebajikan serta Pegawai-Pegawai JAKOA.
09/06/2026
๐๐๐ฆ๐๐ซ๐ค๐๐ฌ๐๐๐ง ๐๐จ๐ฌ๐ข๐จ๐๐ค๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐ข ๐๐ซ๐๐ง๐ ๐๐ฌ๐ฅ๐ข: ๐๐ง๐ข๐ฌ๐ข๐๐ญ๐ข๐ ๐๐ญ๐ซ๐๐ญ๐๐ ๐ข๐ค ๐๐๐๐๐ ๐๐ข ๐๐๐ฐ๐๐ก ๐๐๐-๐๐
YBrs. Encik Muhamad bin Abu Bakar, Pengarah Bahagian Pembangunan Sosioekonomi, JAKOA telah bersiaran dalam radio ASYIKfm bagi berkongsi berkenaan Pemerkasaan Sosioekonomi Orang Asli: Inisiatif Strategik JAKOA di bawah RMK-13.
Antara bantuan JAKOA di bawah Program Memperkasa Perniagaan Orang Asli (PERKASA) dan Koperasi ialah seperti berikut:
- Suntikan Usahawan Alaf Rezeki (SUAR) - Dana sebanyak RM9,500 kepada individu berumur 18 hingga 40 tahun untuk memulakan perniagaan;
- LONJAK - Geran RM 35,000 untuk mengembangkan perniagaan;
- GILAP - Geran RM5,000 hingga RM25,000 untuk latihan, pemasaran dan pensijilan;
- SURI-A - Bantuan RM15,000 khas kepada surirumah dan ibu tunggal bagi menambah pendapatan isi rumah;
- SISKOP - Bantuan sehingga RM50,000 bagi koperasi baru dan baru aktif dengan menyediakan kit peralatan asas dan latihan;
- G-KOP - Bantuan bernilai RM200,000 untuk projek berskala besar bagi koperasi yang aktif; dan
- Tunas Komuniti - Geran bernilai RM100,000 untuk meransang pertumbuhan ekonomi dan pekerjaan setempat.
Manakala bantuan JAKOA di bawah Program Modenisasi Pertanian adalah seperti berikut:
- Agro Tunas - Bantuan maksimum RM5,000 bagi petani pemula dan kecil-kecilan;
- Agrotek - Bantuan bernilai RM20,000 untuk teknologi dan mekanisasi pertanian;
- Agro Lestari - Bantuan berpakej RM20,000 bagi usahawan yang berpotensi untuk berkembang;
- Infra Tani - Bantuan pembinaan insfrastruktur bernilai sehingga RM50,000;
- Zon Agro - Pembiayaan sehingga RM300,000 bagi membangunkan kawasan pertanian baharu yang lengkap; dan
- Agro Mahir - Inisiatif khas bagi memfokuskan kepada pemindahan teknologi, latihan teknikal dan hands-on pertanian, lawatan teknikal, dan program promosi produk pertanian.
Dengarkan rakaman temu bual tersebut melalui pautan โก๏ธ https://www.facebook.com/share/p/18m7QFgpkq/
Terima kasih ASYIKfm!