15/06/2026
[๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐]
Ketua Pengarah Kastam dan seluruh warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tuan Muhammad Azzahari bin Buhri, Penguasa Kastam (WK9), Unit Siasatan Pengubahan Wang Haram, Cawangan Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Ibu Pejabat atas pemergian beliau ke rahmatullah.
Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan ini. Jasa dan bakti Allahyarham sepanjang berkhidmat di JKDM akan sentiasa dikenang dan dihargai.
๐๐-๐
๐๐๐๐๐๐. ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐.
๐๐๐๐๐ฃ โข ๐ง๐๐ก๐๐๐๐ฆ โข ๐๐ก๐ง๐๐๐ฅ๐๐ง๐
ยฉ๏ธ ๐๐๐๐ ๐๐๐ฐ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ค๐๐ฌ๐ข ๐๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐๐ญ | ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
15/06/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Kumpulan REVOTEK yang terdiri daripada warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu dan JKDM Putrajaya atas kejayaan cemerlang merangkul Pingat Emas (Gold Medal) serta Best Innovation Award dalam Digital Innovation & Technology Exhibition (DIGITEX) 2026 anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menerusi inovasi Sistem NIKKA (Sistem Penilaian & Klasifikasi Kastam)
Kejayaan ini merupakan pengiktirafan terhadap usaha, dedikasi serta komitmen tinggi Kumpulan REVOTEK dalam menghasilkan inovasi yang mampu memperkukuh transformasi digital dan meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Syabas dan tahniah kepada seluruh ahli Kumpulan REVOTEK atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga kejayaan yang diraih menjadi pemangkin untuk terus mengharumkan nama Jabatan Kastam Diraja Malaysia di persada nasional dan antarabangsa.
๐๐๐๐๐ฃ โข ๐ง๐๐ก๐๐๐๐ฆ โข ๐๐ก๐ง๐๐๐ฅ๐๐ง๐
ยฉ๏ธ ๐๐๐๐ ๐๐๐ฐ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ค๐๐ฌ๐ข ๐๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐๐ญ | ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
12/06/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐๐๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐)!
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang bersama kontinjen telah berjaya menggondol gelaran Juara dalam Program Sukan Tradisional PUSPANITA Kementerian Kewangan 2026 yang telah berlangsung di Institut Penilaian Negara (INSPEN), Kajang.
Kontinjen PUSPANITA JKDM telah diketuai oleh YBrs. Dr. Siti Muhaza binti Sh. Zainal, Pengerusi PUSPANITA JKDM.
Antara acara yang dipertandingkan ialah:
๐น Congkak VIP
๐น Galah Panjang
๐น Tuju Selipar
๐น Bola Beracun
๐น Sepak Raga Bulatan
Kejayaan ini membuktikan semangat kesukanan, kerjasama serta perpaduan yang utuh dalam kalangan ahli Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Syabas dan tahniah kepada seluruh kontinjen atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga kecemerlangan yang diraih menjadi pemangkin untuk terus mengharumkan nama Jabatan Kastam Diraja Malaysia di persada yang lebih tinggi.
๐๐๐๐๐ฃ โข ๐ง๐๐ก๐๐๐๐ฆ โข ๐๐ก๐ง๐๐๐ฅ๐๐ง๐
ยฉ๏ธ ๐๐๐๐ ๐๐๐ฐ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ค๐๐ฌ๐ข ๐๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐๐ญ | ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
12/06/2026
[๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐]
โจ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐'๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐!โจ
Kini tiba masanya untuk anda memilih poster projek yang paling menambat hati! โค๏ธ
๐ณ๏ธ Sokong projek kegemaran anda dengan memberikan Like dan Share pada poster tersebut. Setiap Like dan Share anda akan menyumbang kepada pemilihan pemenang Netizen's Choice Award.
๐ Poster yang berjaya meraih jumlah Like dan Share tertinggi akan dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Netizen's Choice Award!
๐
๐๐๐ซ๐ข๐ค๐ก ๐ญ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฉ ๐ฎ๐ง๐๐ข๐๐ง: ๐๐ ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐ (๐๐:๐๐ ๐ฉ๐๐ ๐ข).
Jangan lepaskan peluang untuk menyokong inovasi pilihan anda. Undian anda mampu mencipta kemenangan! ๐
๐๐๐๐๐๐ ๐๐: ๐๐-๐๐
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ : ๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐)
โจ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐'๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐!โจ
Kini tiba masanya untuk anda memilih poster projek yang paling menambat hati! โค๏ธ
๐ณ๏ธ Sokong projek kegemaran anda dengan memberikan Like dan Share pada poster tersebut. Setiap Like dan Share anda akan menyumbang kepada pemilihan pemenang Netizen's Choice Award.
๐ Poster yang berjaya meraih jumlah Like dan Share tertinggi akan dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Netizen's Choice Award!
๐
๐๐๐ซ๐ข๐ค๐ก ๐ญ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฉ ๐ฎ๐ง๐๐ข๐๐ง: ๐๐ ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐ (๐๐:๐๐ ๐ฉ๐๐ ๐ข).
Jangan lepaskan peluang untuk menyokong inovasi pilihan anda. Undian anda mampu mencipta kemenangan! ๐
๐๐๐๐๐๐ ๐๐: ๐๐-๐๐
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ : ๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐)
11/06/2026
[๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐]
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐:๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐.
KOTA KINABALU, 11 Jun 2026 โ YBrs. Puan Siti binti Mang, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman & Cukai Dalam Negeri) telah mempengerusikan Mesyuarat Pemantauan Hasil T:86B JKDM Wilayah Persekutuan Labuan bertempat di Bilik Mesyuarat Sri Subro, Menara Kastam Sabah. Selain itu, delegasi daripada Ibu Pejabat antara lainnya turut disertai oleh Tuan Haji Ismail bin Hashim, Penolong Ketua Pengarah Kastam (Cukai Dalam Negeri) dan Tuan Wong Pun Sian, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Teknik (PERTEK).
Mesyuarat yang dikelolakan oleh Bahagian Perkhidmatan Teknik, JKDM Wilayah Persekutuan Labuan ini turut menyaksikan bahagian-bahagian yang terlibat membentangkan prestasi pungutan hasil, halangan dan keterbatasan yang wujud serta strategi yang telah dilaksanakan bagi menangani permasalahan tersebut. Mesyuarat ini menjadi medan untuk pengurusan tertinggi jabatan mendapatkan input langsung daripada lapangan melibatkan strategi pungutan hasil yang telah diusahakan di peringkat negeri dan mencadangkan apa-apa penambahbaikan yang perlu dilaksanakan.
YBrs. Puan Aspalila binti Haji Ag. Tuah, Pengarah Kastam Wilayah Persekutuan Labuan dan seluruh warga kerja JKDM Wilayah Persekutuan Labuan amat menghargai buah fikiran yang diketengahkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kastam dan delegasi daripada Ibu Pejabat yang lain bagi meningkatkan kutipan hasil di Mutiara Laut China Selatan ini serta merakamkan ucapan jutaan terima kasih.
Sumber: JKDM Wilayah Persekutuan Labuan
10/06/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
PUTRAJAYA, 9 Jun 2026 โ Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah menerima kunjungan hormat daripada H.E. Mr. Muhammetnyyaz Mashalov, Duta Turkmenistan ke Malaysia kepada YBhg. Datoโ Haji Amran bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Kastam di Ibu Pejabat JKDM, Putrajaya.
Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Mr. Agamuhammet Sahedov, Setiausaha Kedua Kedutaan Turkmenistan di Malaysia. Kunjungan hormat ini menjadi platform penting bagi kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan hubungan dua hala antara Malaysia dan Turkmenistan serta membincangkan potensi kerjasama yang boleh diperkukuhkan pada masa hadapan.
Perbincangan turut menyentuh aspek fasilitasi perdagangan, pemudahcaraan urusan kastam dan usaha mempereratkan hubungan antara kedua-dua negara. YBhg. Datoโ Haji Amran menyambut baik inisiatif tersebut dan menegaskan komitmen JKDM untuk terus memperkukuh hubungan kerjasama dengan Turkmenistan demi manfaat bersama, khususnya dalam aspek perdagangan dan pengurusan kastam.
Kunjungan hormat ini mencerminkan komitmen berterusan JKDM dalam memperluaskan jaringan kerjasama antarabangsa serta memperkukuh hubungan strategik dengan rakan-rakan kastam dan agensi luar negara ke arah meningkatkan keberkesanan fasilitasi perdagangan global.
๐๐๐๐๐ฃ โข ๐ง๐๐ก๐๐๐๐ฆ โข ๐๐ก๐ง๐๐๐ฅ๐๐ง๐
ยฉ๏ธ ๐๐๐๐ ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐ผ๐บ๐๐ป๐ถ๐ธ๐ฎ๐๐ถ ๐๐ผ๐ฟ๐ฝ๐ผ๐ฟ๐ฎ๐ | ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐