12/06/2026
๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐-๐ ๐
โจ Anda mempunyai bakat dalam menghasilkan infografik yang kreatif dan berimpak? Inilah peluang untuk menyerlahkan idea serta kemahiran penyelidikan anda!
๐ Sertai Pertandingan Youth As Researchers (YAR) 2026 bagi ๐๐๐ญ๐๐ ๐จ๐ซ๐ข ๐๐ง๐๐จ๐ ๐ซ๐๐๐ข๐ค ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ฅ๐ข๐๐ข๐ค๐๐ง dan rebut peluang memenangi ๐ก๐๐๐ข๐๐ก ๐ฎ๐ญ๐๐ฆ๐ ๐ฌ๐๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐ ๐๐๐๐๐!
๐ฏ Tema: Penyelidik Muda Suara Masa Depan
๐ Syarat Penyertaan:
โ
Warganegara Malaysia
โ
Berumur 15 hingga 30 tahun
โ
Penyertaan adalah percuma
๐ก Terjemahkan dapatan penyelidikan anda dalam bentuk infografik yang menarik, informatif dan mudah difahami. Jadilah sebahagian daripada generasi muda yang menyumbang idea serta pandangan ke arah pembangunan negara.
๐ฒ Daftar sekarang melalui kod QR atau pautan:
https://bit.ly/Penyertaan_YAR
๐ Sebarang pertanyaan:
โ๏ธ 03-8871 3335 / 3417
๐ง [email protected]
๐๐๐
12/06/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐ ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐ โ Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah mengadakan sesi perbincangan strategik bersama Persatuan NADI Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi memperkukuh kerjasama dalam pelaksanaan Program Siswa Inisiatif: Alam, Gawat dan Aspirasi (SIAGA) 2026 yang akan berlangsung pada 23 hingga 26 Jun 2026.
Perbincangan yang diadakan di Bilik Korporat IYRES, Aras 10, Menara KBS, Putrajaya itu merupakan susulan kepada perbincangan awal berhubung penggunaan Sistem Dashboard Belia sebagai platform pendaftaran rasmi peserta program SIAGA 2026. Inisiatif ini dilihat sebagai langkah strategik dalam memperluas penggunaan teknologi digital bagi tujuan pengurusan data dan penyertaan belia secara lebih sistematik, cekap dan bersepadu.
Program SIAGA 2026 merupakan sebuah program kesukarelawanan yang menghimpunkan 48 orang mahasiswa daripada 20 Universiti Awam dan 4 Universiti Swasta di seluruh negara. Program ini bertujuan memperkasa peranan mahasiswa sebagai agen perubahan melalui penglibatan aktif dalam isu alam sekitar, pembangunan komuniti dan aspirasi belia.
Selain penggunaan Sistem Dashboard Belia sebagai medium pendaftaran peserta, pihak IYRES turut dijemput untuk menyampaikan sesi pembentangan berkaitan sistem tersebut kepada para peserta. Sesi ini bertujuan memperkenalkan fungsi dan potensi Dashboard Belia sebagai platform pengumpulan data, pemetaan aktiviti serta pemantauan program-program belia yang dilaksanakan di peringkat institusi pengajian tinggi.
Dalam perbincangan tersebut, IYRES turut menyatakan sokongan penuh terhadap pelaksanaan Program SIAGA 2026 dan mencadangkan agar kerjasama strategik diperluaskan dengan melibatkan Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN). Cadangan ini bertujuan membolehkan program tersebut dijadikan sebahagian daripada inisiatif Rakan Bumi, sekali gus memperkukuh agenda kesukarelawanan dan kelestarian alam sekitar dalam kalangan belia Malaysia.
12/06/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐ ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐ โ Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah mengadakan sesi perbincangan strategik bersama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bertempat di Bilik Korporat IYRES, Aras 10, Menara KBS, Putrajaya bagi meneroka potensi kerjasama dalam pelaksanaan penyelidikan berkaitan โKrisis Asia Barat Terhadap Belia di Malaysiaโ.
Perbincangan tersebut merupakan langkah awal ke arah memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi penyelidikan dan akademia dalam memahami kesan perkembangan geopolitik semasa terhadap pemikiran, persepsi dan kesejahteraan belia di Malaysia.
Dalam sesi tersebut, YBrs. Puan Nur Adillah Omar, Pensyarah Fakulti Sains Politik dan Pengajian Madani, UIAM telah menyampaikan pembentangan mengenai latar belakang, rasional, objektif serta hala tuju penyelidikan yang dicadangkan. Kajian ini bertujuan untuk meneliti sejauh mana krisis yang berlaku di rantau Asia Barat memberi kesan kepada golongan belia dari aspek kesedaran, pandangan, keterlibatan sosial dan pembentukan nilai kemanusiaan.
Bagi memperkukuh dapatan kajian, pihak IYRES telah mencadangkan agar satu tinjauan awal (preliminary survey) dilaksanakan dalam kalangan belia Malaysia sebagai usaha mendapatkan gambaran awal mengenai persepsi dan tahap kefahaman mereka terhadap isu tersebut. Dapatan tinjauan ini juga berpotensi dijadikan input utama dalam Persidangan Meja Bulat (Round Table Discussion โ RTD) yang dicadangkan untuk dilaksanakan pada Julai 2026.
12/06/2026
๐๐จ๐๐๐ง ๐๐๐๐๐, ๐ญ๐ฌ - ๐ญ๐ญ ๐๐๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ โ Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah menyertai Seminar Wanita dalam Sukan Kebangsaan 2026 yang berlangsung selama dua (2) hari di Dewan Banquet Casa 4, Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil.
Seminar ini menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan dari seluruh Malaysia termasuk atlit, jurulatih, pentadbir persatuan sukan, ahli akademik, kementerian, agensi, institusi pendidikan dan penyelidikan, serta lain-lain pihak bagi membincangkan isu-isu pemerkasaan dan pembangunan wanita dalam sukan.
Turut berlangsung adalah pelancaran Pelan Tindakan Wanita dalam Sukan (PTWDS) 2026-2030 yang dilancarkan oleh YB. Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan, Malaysia.
Penyertaan IYRES dalam seminar ini mencerminkan komitmen dan sokongan berterusan IYRES dalam memperkasakan dan membangunkan modal insan wanita dalam pembangunan sukan secara inklusif tanpa mengira latar belakang demografi. Hal ini demikian kerana, sukan bukan untuk sesetengah wanita sahaja namun sukan adalah untuk semua wanita. IYRES telah diwakili oleh Puan Aryma Johari, Penolong Eksekutif Penyelidik.
12/06/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐โ๐๐ ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐ โ Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melaksanakan Bengkel ๐๐ถ๐ด๐ช๐ฏ๐ฆ๐ด๐ด ๐๐ฆ๐ฒ๐ถ๐ช๐ณ๐ฆ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ต ๐๐ฑ๐ฆ๐ค๐ช๐ง๐ช๐ค๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ๐ด (BRS) bagi Projek Menaik Taraf Sistem Dashboard Belia bertempat di Podium, Menara KBS.
Bengkel ini turut mendapat kerjasama dan bimbingan daripada Jabatan Digital Negara (JDN) yang berperanan memberikan khidmat rundingan serta panduan kepada pasukan KBS dalam memperincikan keperluan, skop dan pelaksanaan projek.
Pelaksanaan bengkel melibatkan penyertaan wakil daripada bahagian, jabatan dan agensi di bawah KBS bagi mengenal pasti, membincangkan serta memperincikan keperluan perkhidmatan berkaitan pembangunan belia dan sukan.
Projek menaik taraf Sistem Dashboard Belia merupakan salah satu inisiatif di bawah Pengurusan Data KBS yang bertujuan memperkukuh ekosistem data kementerian melalui pembangunan platform yang lebih bersepadu, interaktif dan berpacukan data. Projek ini turut disenaraikan sebagai Projek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di bawah Kluster Sosial (Masyarakat) yang diselaraskan oleh JDN.
Sesi pembukaan dan penutupan bengkel telah disempurnakan oleh Puan Shahhanim Yahya, Eksekutif Penyelidik Kanan 1, IYRES.
12/06/2026
๐ฃ๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐ง, ๐๐ ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐โ Sesi ๐๐ณ๐ข๐ช๐ฏ๐ช๐ฏ๐จ ๐ฐ๐ง ๐๐ณ๐ข๐ช๐ฏ๐ฆ๐ณ๐ด (TOT) bagi Kajian Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia 2026 untuk Negeri Melaka telah berjaya dilaksanakan di Balai Raya Taman Seri Cempaka. Sesi ini dihadiri oleh tujuh (7) orang enumerator dan seorang (1) penyelia yang akan terlibat dalam pengumpulan data kajian di lapangan.
Tujuan pelaksanaan TOT ini adalah untuk memberikan pendedahan dan penerangan mengenai skop tugas enumerator sepanjang proses pengumpulan data di lapangan serta bagi memastikan pelaksanaan kajian berjalan lancar.
Sesi TOT ini telah dikendalikan oleh Puan Nur Diyana Nadirah Mohd Hadi, Eksekutif Penyelidik IYRES dan dibantu oleh Puan Shelawati Baharuddin serta Encik Mohd Noorsham Che' Mat.
12/06/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐ ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐ - Sesi taklimat ๐๐ณ๐ข๐ช๐ฏ๐ช๐ฏ๐จ ๐ฐ๐ง ๐๐ณ๐ข๐ช๐ฏ๐ฆ๐ณ๐ด (TOT) kepada penyelia dan enumerator bagi Pengumpulan Data Profil Belia ๐๐ฐ๐ต ๐๐ฏ ๐๐ฎ๐ฑ๐ญ๐ฐ๐บ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ต, ๐๐ฅ๐ถ๐ค๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ ๐ฐ๐ณ ๐๐ณ๐ข๐ช๐ฏ๐ช๐ฏ๐จ (NEET) untuk Wilayah Persekutuan Putrajaya telah selesai diadakan Bilik Korporat IYRES, Aras 10, Menara KBS. Sesi TOT ini telah dihadiri oleh seorang penyelia dan dua (2) orang enumerator yang akan terlibat dalam pengumpulan data kajian di lapangan.
Pelaksanaan TOT ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman lebih jelas berkenaan skop tugas penyelia dan enumerator dan penerangan berkaitan penggunaan Aplikasi Belia iNEET bagi pengumpulan data profil belia NEET di lapangan.
Sesi TOT ini telah disampaikan oleh Puan Norhidayah Omar dan dibantu oleh Cik Siti Aisyah Saahri dan Puan Nurul Zafirah Abd. Khalim Khafidz.
12/06/2026
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐ ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐ โ Sesi ๐๐ณ๐ข๐ช๐ฏ๐ช๐ฏ๐จ ๐ฐ๐ง ๐๐ณ๐ข๐ช๐ฏ๐ฆ๐ณ๐ด (TOT) bagi Kajian Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia 2026 untuk Negeri Kedah telah berjaya dilaksanakan di Bilik Orkid, Kompleks Belia dan Sukan, Alor Setar, Kedah. Sesi ini dihadiri oleh sembilan (9) orang enumerator dan seorang penyelia yang akan terlibat dalam pengumpulan data kajian di lapangan.
Tujuan pelaksanaan TOT ini adalah untuk memberikan pendedahan dan penerangan mengenai skop tugas enumerator sepanjang proses pengumpulan data di lapangan serta bagi memastikan pelaksanaan kajian berjalan lancar.
Sesi TOT bagi Negeri Kedah telah dikendalikan oleh Puan Nur Syuhada Mokhzan, Eksekutif Penyelidik IYRES dan dibantu oleh Cik Nur Aqilah Syazwani Mohd Nor dan Encik Syammil Hakimee Jamaludin.
12/06/2026
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐ ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐ โ Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah melaksanakan sesi ๐๐ณ๐ข๐ช๐ฏ๐ช๐ฏ๐จ ๐ฐ๐ง ๐๐ณ๐ข๐ช๐ฏ๐ฆ๐ณ๐ด (TOT) bagi penyelia dan enumerator yang terlibat dalam Pengumpulan Data Profil Belia ๐๐ฐ๐ต ๐ช๐ฏ ๐๐ฎ๐ฑ๐ญ๐ฐ๐บ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ต, ๐๐ฅ๐ถ๐ค๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ ๐ฐ๐ณ ๐๐ณ๐ข๐ช๐ฏ๐ช๐ฏ๐จ (NEET) 2026 bagi daerah Petaling, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Sesi yang melibatkan dua (2) orang penyelia dan empat belas (14) orang enumerator ini bertujuan memberikan pendedahan mengenai pelaksanaan kerja lapangan, skop tugas serta penggunaan Aplikasi Belia iNEET bagi pengumpulan Data Belia NEET di lapangan.
Selain sesi taklimat, aktiviti pemantauan lapangan turut dilaksanakan di sekitar Seksyen 16, Shah Alam bagi menguji kefungsian dan kelancaran penggunaan aplikasi tersebut dalam situasi sebenar pengumpulan data.
Sesi TOT ini telah dikendalikan oleh Puan Norhidayah Omar dan dibantu oleh Encik Muhammad Aizad Mohd Apandi, Cik Siti Aisyah Saahri serta Cik Nur Fadilla Rahman. Turut hadir dalam sesi ini ialah pakar rujuk kajian, Dr. Muhammad Daaniyall Abd. Rahman dari Universiti Putra Malaysia (UPM).
12/06/2026
๐๐จ๐๐๐ ๐๐จ๐ ๐ฃ๐จ๐ฅ, ๐ต ๐๐๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ โ Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah menganjurkan Bengkel Libat Urus Strategik Anak Muda dan Bukan Islam di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Kuala Lumpur.
Bengkel ini menjadi platform yang menghimpunkan idea, pandangan dan strategi bagi memperkukuh peranan anak muda ke arah keharmonian, kefahaman dan pembangunan masyarakat majmuk di Malaysia.
Bengkel ini disertai oleh Puan Asnida Abd. Hamid, Eksekutif Penyelidik Kanan dan Dr. Nur Shazwanie Rosehan, Eksekutif Penyelidik. Penyertaan tersebut selaras dengan peranan IYRES dalam menyumbang input berasaskan penyelidikan serta memperkukuh kerjasama strategik berkaitan pembangunan belia dan keharmonian sosial di Malaysia.