13/06/2026
DEMI KESEJAHTERAAN WARGA PESARA: JALINAN KERJASAMA STRATEGIK TERUS DITEROKA DAN DIPERKUKUH
Agenda memperkasa kebajikan dan meneroka manfaat baharu buat warga pesara perkhidmatan awam terus menjadi keutamaan yang tidak pernah terhenti.
Terbaharu, Bahagian Pencen JPA telah meneruskan langkah melalui siri kunjungan hormat dan perbincangan strategik bersama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) serta Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri (BPH JPM).
Dalam pada itu, melalui dua sesi perjumpaan yang berbeza, YBrs. Tuan Haji Jasri bin Kasim, Pengarah Pencen JPA telah bertemu dengan YBhg. Dato' Sri Khairul Dzaimee bin Daud, Ketua Setiausaha KUSKOP pada 11 Jun 2026 (Selasa) dan YBrs. Tuan Eris Jemadi bin Tajudin, Setiausaha Bahagian BPH JPM pada 10 Jun 2026 (Rabu).
Sinergi rentas agensi ini menumpukan kepada penerokaan peluang sosioekonomi dan kemudahan holistik yang berpotensi ditawarkan kepada para pesara.
Pengorbanan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh para pesara sepanjang berkhidmat sentiasa dihargai, dan usaha ini adalah manifestasi komitmen Kerajaan bagi memastikan kelangsungan kesejahteraan pesar di fasa pasca perkhidmatan.
Semoga usaha murni ini membuahkan hasil yang yang memberi impak tinggi kepada pesara Kerajaan.
Sekian dikongsikan dan terima kasih. ๐
Yang OHSEM,
Admin
10/06/2026
Teman kongsikan info daripada KWAP Malaysia.
Admin OHSEM
Adalah dimaklumkan bahawa aplikasi mudah alih MyPesara akan menjalani kerja-kerja penyelenggaraan. Sehubungan itu, anda tidak akan dapat mengakses aplikasi tersebut bermula hari ini jam 2:00 petang sehingga ke tarikh dan masa yang akan dimaklumkan kelak.
Sepanjang tempoh penyelenggaraan ini, para pelanggan dinasihatkan untuk menghantar e-mel ke [email protected] bagi sebarang pertanyaan, penghantaran dokumen permohonan atau semua urusan berkaitan persaraan. Semakan bayaran pencen dan urusan berkaitan juga boleh dilakukan melalui portal MyPencen.
Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami. Kerjasama dan perhatian anda terhadap perkara ini amat dihargai.
Adalah dimaklumkan bahawa aplikasi mudah alih MyPesara akan menjalani kerja-kerja penyelenggaraan. Sehubungan itu, anda tidak akan dapat mengakses aplikasi tersebut bermula hari ini jam 2:00 petang sehingga ke tarikh dan masa yang akan dimaklumkan kelak.
Sepanjang tempoh penyelenggaraan ini, para pelanggan dinasihatkan untuk menghantar e-mel ke [email protected] bagi sebarang pertanyaan, penghantaran dokumen permohonan atau semua urusan berkaitan persaraan. Semakan bayaran pencen dan urusan berkaitan juga boleh dilakukan melalui portal MyPencen.
Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami. Kerjasama dan perhatian anda terhadap perkara ini amat dihargai.
Terima kasih kerana memilih KWAP sebagai Teman Persaraan Anda.
05/06/2026
๐ฆ๐ข๐๐ ๐ฆ๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ๐๐ก ๐๐จ๐ฅ๐ฆ๐จ๐ฆ ๐ฃ๐ฅ๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐ฆ๐๐ฅ๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ฆ๐๐๐ก ๐๐๐ ๐๐๐๐ฅ๐๐ก ๐๐๐ฃ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ฆ๐๐ฅ๐ ๐ฆ๐๐๐ง๐ข๐ฅ ๐๐ช๐๐
Semua pegawai awam khususnya yang berusia 55 tahun ke atas (sebelum mencapai umur 60 tahun) adalah dijemput untuk menjawab soal selidik ini yang sedang dijalankan oleh Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam.
โฐ 7 Mei 2026 โ 30 Jun 2026
๐ https://forms.gle/gBgseb9asSnPr1eV8 atau imbas Kod QR pada poster
Tujuan soal selidik ini dilaksanakan adalah untuk:
โ
Mengenal pasti minat dan kecenderungan bakal pesara apabila bersara;
โ
Menentukan keperluan latihan kemahiran sebagai persediaan menghadapi fasa persaraan yang lebih produktif; dan
โ
Membantu penyediaan dasar berkaitan kursus pra persaraan yang lebih efektif.
Kerjasama dan maklum balas anda amat dihargai.
Kongsikan hebahan ini kepada rakan-rakan dan warga sektor awam yang berkaitan.
Yang OHSEM
Admin
04/06/2026
Jumlah Pengump**an Gantian Cuti Rehat (GCR) saya sekarang yang terkumpul adalah 200 hari. Maksimum boleh dikumpulkan kan 180 hari sahaja. Boleh ke saya nak 'hadiahkan' 20 hari yang lebih tu kepada kawan saya? Kesian kawan saya tu, GCR terkumpulnya sikit aje. Saya nak buat pahala, sebar kebaikan.
Maklum balas :
Mana boleh main serah-serah begitu hehe. Lebihan GCR sebanyak 20 hari tersebut boleh ditukar kepada cuti rehat yang boleh digunakan pegawai tertakluk kelulusan Ketua Jabatan, dalam tempoh 12 bulan sebelum tarikh persaraan berkuat kuasa.
Berkaitan punca kuasa kepada perkara ini, kalian boleh rujuk MyPPSM, Ceraian P.P 1.3.3.
Sekian dimaklumkan dan terima kasih. Nah 'munger' ๐น๐
Yang OHSEM,
Admin
04/06/2026
Permohonan persaraan pilihan PERLU/MESTI disertakan dengan sokongan / kelulusan daripada pihak Ketua Jabatan pegawai yang berhasrat untuk bersara pilihan.
Maklumat ini sangat penting kerana hanya pihak Jabatan yang mengetahui sama ada kriteria persaraan telah dipenuhi oleh pegawai atau sebaliknya.
Antara maklumat penting adalah sama ada pegawai sedang dalam tindakan tatatertib / kesalahan jenayah mahupun sebaliknya. Tapisan SPRM pun kena buat tau. Kena 'clear'.
Selain umur kena cukup 40 tahun, tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira iaitu sekurang-kurangnya telah cukup 10 tahun adalah syarat asas lain yang perlu dipenuhi.
Ada kes yang mana, umur cukup dah 40 tahun, tempoh perkhidmatan p**a 'ngam-ngam' 10 tahun, tetapi apabila semakan lanjut dibuat, ada tempoh yang sebenarnya tidak boleh dimasuk kira dalam 2 ke 3 hari itu, kena tolak.
Justeru, hal ini turut boleh menjejaskan 'tempoh ngam-ngam' 10 tahun perkhidmatan itu. Kurang 10 tahun, maka tak cukup syarat, maka kena tolak. Dokumen kena p**ang.
Sebab itu, semakan awal pihak Jabatan dengan pengesahan serta sokongan / kelulusan Jabatan adalah amat penting sebelum dipanjangkan dokumen persaraan kepada pihak KWAP.
Lagi satu s**a teman ingatkan, tempoh dokumen persaraan kena sampai ke KWAP adalah 3 bulan sebelum tarikh berkuat kuasa persaraan. Bukannnya dalam tempoh 3 bulan. Beza tu. Kalau maksud dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh bersara, maksudnya esok tarikh kuat kuasa boleh hantar. Salah tu. Tak betul.
Tempoh 3 bulan sebelum tarikh persaraan daripada pihak Jabatan kepada KWAP adalah sebagai contoh, tarikh berkuat kuasa persaraan pilihan adalah pada 3 Oktober 2026, maka dokumen kena sampai ke KWAP SEBELUM 2 Julai 2026. Jangan lewat.
Banyak tau semakan kena buat, iyalah, sebab nak bayar faedah persaraan kan, dengan pihak LHDN, LPPSA, KWSP dan semakan bagi setiap helaian Buku Perkhidmatan Kerajaan pegawai. Kami kena buat semakan betul-betul.
Pada masa yang sama, secara purata setiap tahun seramai 38,000 orang pegawai yang akan diproses persaraannya. Banyak kan.
Begitulah. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kalian semuaaaa. ๐
Sekian, terima kasih. Nah 'munger' ๐น๐
Yang OHSEM,
Admin
03/06/2026
Kunjungan hormat YBrs. Tuan Haji Jasri bin Kasim, Pengarah Bahagian Pencen JPA kepada YBhg. Datoโ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS.
Kunjungan ini menjadi medan bagi bertukar pandangan serta mengukuhkan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak ke arah memperkasakan penyampaian perkhidmatan awam yang cekap, berintegriti dan berfokuskan rakyat.
Sekian dimaklumkan dan terima kasih.
Yang OHSEM,
Admin
26/05/2026
YBrs. Tuan Haji Jasri bin Kasim, Pengarah Bahagian Pencen JPA telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Datoโ Seri Mohd Sayuthi Bakar, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) semalam.
Sesi kunjungan hormat yang disusuli dengan sesi perbincangan ini diadakan adalah bagi mengenalpasti peluang dan ruang untuk sebarang kolaborasi strategik yang dapat dijalinkan pada masa hadapan demi kebaikan pesara kerajaan.
Semoga melalui sesi perjumpaan dan perbincangan yang telah berlangsung ini dapat memberi manfaat untuk kebaikan para pesara kerajaan.
Sekian, dimaklumkan dan terima kasih. ๐น๐
Yang OHSEM,
Admin
25/05/2026
Lebih cepat, mudah dan selamat. Transaksi di kaunter kini tanpa tunai.
Inisiatif JPA bersama pihak KWAP untuk memudahkan urusan semua pesara dan penerima pencen.
Sekian, dimaklumkan dan terima kasih.
Admin OHSEM
Cepat, selamat dan mudah dengan transaksi tanpa tunai!
Mulai 1 Jun 2026, semua transaksi bayaran di Kaunter MyPesara KWAP Cyberjaya adalah transaksi tanpa tunai.
Kami akan menerima bayaran melalui kad kredit atau kad debit yang dikeluarkan oleh bank-bank tempatan. Dengan transaksi tanpa tunai, pesara tidak perlu risau lagi untuk berurusan di Kaunter MyPesara!
24/05/2026
Teman dapati, masih ramai pegawai awam yang belum arif lagi berkenaan bagaimana nak buat semakan ke atas status permohonan persaraan masing-masing, contohnya sama ada persaraan Wajib mahupun Pilihan.
Lepas hantar dokumen, terus senyap. Tak tahu nak rujuk dengan siapa selain pihak pengurus sumber manusia Jabatan yang uruskan persaraan.
Ya, salah satu rujukan adalah pegawai sumber manusia Jabatan kalian. Betul lah tu.
Cuma, bakal pesara boleh buat semakan sendiri melalui portal MyPencen.
Bukan maksudnya kalian baru hantar semalam kepada pegawai sumber manusia kalian, terus boleh semak status tu. Eh, bukan begitu.๐
Kalian perlu pastikan terlebih dahulu dokumen persaraan telah dihantar oleh Jabatan kalian kepada pihak Kump**an Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] beralamat di Cyberjaya atau sebaliknya.
Dah tahu dihantar, kalian kena pastikan dokumen sudah diterima. Sampai ke tangan pegawai KWAP. Ada Jabatan hantar secara serahan tangan, ada Jabatan yang gunakan perkhidmatan pos laju, ada penerimaan, akan adalah nanti rekod mula didaftarkan proses persaraan kalian.
Ia, pastikan pihak KWAP Cyberjaya dah terima dokumen fizikal, salinan buku rekod perkhidmatan Kerajaan, salinan kenyataan cuti dan lain-lain dokumen sokongan yang diperlukan. Maklumat kalian daripada HRMIS akan ditarik terus ke sistem pengurusan pencen kami.
Barulah kalian boleh semak di Portal MyPencen.
Nah teman kongsikan pautan berkenaan, klik dan akan terus ke portal tersebut. https://apps.jpapencen.gov.my/semakanstatuspermohonan
Pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, kalian boleh buat semakan, selagi mana ada talian internet.
Begitulah, sekian dan semoga perkongsian ini bermanfaat. Nah 'munger' ๐นโบ๏ธ
Yang OHSEM,
Admin
24/05/2026
Ayuh, ramai-ramai kita saksikan secara langsung esok. Topik yang ramai yang ingin teroka dengan lebih mendalam, pastinya berkenaan Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR).
Sekian, dimaklumkan dan terima kasih. ๐น๐
Yang OHSEM,
Admin
๐๐ฆ๐ข๐! ๐๏ธ
๐ฃ๐ข๐๐๐๐ฆ๐ง ๐๐ฃ๐
โ๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ฎ๐ป ๐๐๐ฎ๐ฟ๐ฑ ๐ช๐ฎ๐ป๐ด ๐ง๐๐ป๐ฎ๐ถ ๐๐ฎ๐ป๐๐ถ๐ฎ๐ป ๐๐๐๐ถ ๐ฅ๐ฒ๐ต๐ฎ๐ (๐๐๐ฅ): ๐๐ฎ๐ต๐ฎ๐บ๐ถ ๐๐ฎ๐ธ ๐๐ป๐ฑ๐ฎ, ๐ฅ๐ฎ๐ป๐ฐ๐ฎ๐ป๐ด ๐ ๐ฎ๐๐ฎ ๐๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ป ๐๐ป๐ฑ๐ฎโ
Masih keliru tentang Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR)? ๐ค
Bagaimana GCR berfungsi?
Siapa yang layak? Bagaimana kemudahan ini boleh membantu perancangan kewangan masa depan khususnya selepas persaraan?
Jom ikuti kupasan lanjut secara santai dan informatif bersama panel jemputan daripada Bahagian Pencen, JPA.
๐
25 Mei 2026 (Isnin)
โฐ 10.00 pagi
๐ฒ LIVE di Facebook, TikTok dan YouTube Rasmi JPA
๐๏ธ Panel Jemputan
Encik Andy Anak Romeo Willie@Sanen
Ketua Penolong Pengarah
Unit Awam Persekutuan, Bahagian Pencen, JPA
๐ฉ๐ปโ๐ผ Moderator
YM Raja Nurul Hasliza binti YM Raja Azman
Penolong Pengarah
Unit Komunikasi Korporat, JPA
Sediakan soalan anda dan sertai kami secara langsung esok! ๐
Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia