14/06/2026
๐๏ธ๐ต ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐๐๐ฅ๐๐๐ก ๐ฆ๐๐ ๐ฃ๐๐ ๐๐ก๐๐ ๐ฆ๐๐-๐ฆ๐๐: ๐๐ข๐ ๐๐๐ง๐๐ฅ ๐ฆ๐๐ ๐จ๐๐!๐ต๐๏ธ
Sambil-sambil mengemas rumah hujung minggu ini, cuba semak semula sudut rumah anda. Ada lambakan kotak, surat khabar lama, botol plastik, atau minyak masak terpakai yang dah tak digunakan?
Jangan buang begitu sahaja! Jom bawa barangan tersebut ke program Kutipan Barangan Kitar Semula dan tukarkannya kepada pulangan wang tunai! ๐ฐโจ
Tarikh dan lokasi janji temu kita:
๐
๐ง๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ธ๐ต: ๐ญ๐ฒ ๐๐๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ (๐ฆ๐ฒ๐น๐ฎ๐๐ฎ)
โฐ ๐ ๐ฎ๐๐ฎ: ๐ญ๐ฌ:๐ฌ๐ฌ ๐ฃ๐ฎ๐ด๐ถ โ ๐ญ๐ฎ:๐ฌ๐ฌ ๐ง๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ต๐ฎ๐ฟ๐ถ
๐ ๐๐ผ๐ธ๐ฎ๐๐ถ: ๐๐ผ๐ฏ๐ถ ๐ง๐ฎ๐๐ธ๐ฎ ๐๐ฃ๐๐ง, ๐ฃ๐๐๐ฟ๐ฎ๐ท๐ฎ๐๐ฎ
Asingkan siap-siap mengikut kategori ini dari rumah ya:
๐ฆ Kotak / Surat Khabar / Kertas
๐งด Plastik & Tin
๐ง Tetra Pak
๐ณ Minyak Masak Terpakai
Ayuh warga KPKT dan komuniti sekitar, kita mulakan minggu baharu dengan amalan hijau. Jumpa anda di sana! ๐ฟ๐
11/06/2026
๐ง๐๐๐๐๐ ๐๐ง ๐ง๐๐ก๐๐๐ฅ ๐๐๐ก ๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก ๐ง๐๐ฃ๐๐ ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐๐ ๐ฃ๐๐ ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ฆ๐๐ ๐ง๐๐ ๐๐๐๐๐ก ๐ง๐๐ฃ๐๐ ๐ฃ๐๐๐จ๐ฃ๐จ๐ฆ๐๐ก ๐ฆ๐๐ฆ๐ ๐ฃ๐๐ฃ๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐ก๐๐ง๐๐ฅ๐ ๐๐๐๐๐ก๐๐๐จ, ๐ง๐๐ ๐๐ฅ๐๐ข๐, ๐ฃ๐๐๐๐ก๐
TEMERLOH, 11 Jun 2026 โ Taklimat Tender dan Lawatan Tapak bagi Projek Pembinaan Sel Tambahan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Belenggu telah diadakan di Dewan Orang Ramai Taman Bahagia, Temerloh, Pahang dan dihadiri oleh 151 petender yang layak serta berdaftar.
Ts. Muhammad Ridhwan bin Kamaruddin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Projek, JPSPN telah menyampaikan taklimat tender berkaitan dokumen pelawaan dan syarat-syarat tender kepada para petender yang hadir.
Iklan tender bagi projek ini telah dimuat naik di laman sesawang Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bermula 29 Mei 2026.
06/06/2026
๐ง๐๐๐ก๐ข๐๐ข๐๐ ๐ช๐ง๐ ๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฆ๐๐ฆ ๐ฆ๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐ ๐ฆ๐จ๐ ๐๐๐ฅ ๐ง๐๐ก๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐ก๐๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan naskah akhbar Berita Harian hari ini (Sabtu, 6 Jun 2026).
Ikuti laporan khas bersama YBhg. Dato' Ir. Ts. Gs. Dr. Mohd Azhar bin Abd Hamid, Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) mengenai usaha mentransformasikan sisa pepejal negara menjadi sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB) melalui teknologi Waste-to-Energy (WtE).
Kupasan penuh di ruangan Nasional, akhbar Berita Harian hari ini! https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/06/1568038/teknologi-wte-proses-sisa-jadi-sumber-tenaga-bernilai-negara
05/06/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐?
๐ฑ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐ญ๐! ๐๐ฑ
Apabila bercakap mengenai Loji Waste-to-Energy (WtE), ramai yang melihatnya sebagai kemudahan pengurusan sisa semata-mata. Hakikatnya, teknologi ini memainkan peranan penting dalam menyokong kelestarian alam sekitar dan keselamatan tenaga negara.
Jom kenali ๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐ข๐ก๐๐ง ๐๐ญ๐๐ฆ๐ ๐๐จ๐ฃ๐ข ๐๐ญ๐ yang perlu kita tahu:
โก ๐๐๐ง๐ฃ๐๐ง๐ ๐๐๐ง๐๐ ๐ ๐๐๐ก๐๐ซ๐ฎ โ Menukarkan sisa pepejal domestik kepada tenaga elektrik yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat.
๐งช๐๐๐ซ๐๐ฐ๐๐ญ ๐๐๐ฌ ๐๐๐ญ๐๐ง๐ (๐๐โ) โ Mengawal dan merawat pelepasan gas metana daripada merebak ke atmosfera.
๐ ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ฃ๐๐ค ๐๐๐ซ๐๐จ๐ง โ Membantu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau secara signifikan dan menyokong usaha menangani perubahan iklim.
๐ ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐๐ง๐ ๐ค๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐๐๐ง ๐๐๐ง๐๐ก โ Berupaya mengurangkan sehingga 85% jumlah sisa yang perlu dilupuskan, sekali gus meminimumkan keperluan pembukaan tapak pelupusan sisa baharu yang memakan ruang yang besar.
๐ ๐๐ข๐๐๐ซ ๐๐ข๐ฌ๐, ๐๐ข๐๐๐ซ ๐๐จ๐ค๐ฌ๐ข๐ค & ๐๐ค๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐ข ๐๐ข๐ญ๐๐ซ๐๐ง โ Menyokong kitaran ekonomi mampan di mana sisa diuruskan secara total tanpa sisa sampingan berbahaya.
๐ฟ๐๐๐ง๐ ๐จ๐ฉ๐๐ซ๐๐ฌ๐ข๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ซ๐ ๐๐ฅ๐๐ฆ โ Dibina dengan standard teknologi tinggi bagi memastikan ekosistem sekitar kekal terpelihara.
Melalui teknologi WtE, sisa bukan lagi sekadar bahan buangan, tetapi sumber yang boleh dimanfaatkan untuk menjana tenaga dan menyokong pembangunan negara yang lebih lestari.
Satu langkah kecil dalam pengurusan sisa, satu impak besar untuk kelestarian alam sekitar negara. ๐ฟ๐ฑ
05/06/2026
๐๐ฑ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ฑ๐
Hari Alam Sekitar Sedunia yang disambut pada 5 Jun setiap tahun bukan sekadar simbolik di kalendar, tetapi merupakan seruan kepada kita semua untuk memulihkan, memelihara dan melindungi bumi tercinta.
Sebagai jabatan yang menerajui pengurusan sisa pepejal negara, JPSPN sentiasa komited memastikan sisa diurus secara lestari melalui pengukuhan ekonomi kitaran, pengurangan kebergantungan terhadap tapak pelupusan, serta pemerkasaan teknologi hijau seperti Waste-to-Energy (WtE).
Namun, usaha ini tidak akan berjaya tanpa peranan setiap individu. Perubahan besar bermula dengan amalan kecil dalam kehidupan seharian:
โป๏ธ Amalkan pengasingan sisa di punca.
๐๏ธ Kurangkan penggunaan plastik sekali guna.
๐ Elakkan pembaziran makanan.
โBumi ini bukan diwarisi daripada nenek moyang kita, tetapi dipinjam daripada generasi masa hadapan.โ
Ayuh bersama JPSPN menjadikan kelestarian alam sebagai gaya hidup, bukan sekadar sambutan tahunan. Demi persekitaran yang lebih bersih, demi Malaysia yang mampan.
Ikhlas daripada :
YBhg. Dato' Ir. Ts. Gs. Dr. Mohd Azhar bin Abd Hamid
Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara
04/06/2026
๐ท SEKITAR TEMU BUAL EKSKLUSIF KETUA PENGARAH JPSPN BERSAMA BERITA HARIAN
YBhg. Datoโ Ir. Ts. Gs. Dr. Mohd Azhar bin Abd Hamid, Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara telah meluangkan masa pada petang ini dalam satu sesi temu bual khas bersama Berita Harian bagi membincangkan topik "Sisa Pepejal: Sumber Tenaga Masa Depan".
Sesi perkongsian ini mengetengahkan potensi besar sisa pepejal sebagai sumber tenaga baharu yang mampu menyumbang kepada kelestarian alam sekitar, keselamatan tenaga dan pembangunan ekonomi negara secara mampan.
Pihak JPSPN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Berita Harian atas peluang dan kerjasama dalam usaha menyampaikan maklumat tepat serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pengurusan sisa pepejal yang berkesan.
Nantikan laporan dan kupasan penuh tidak lama lagi di akhbar Berita Harian.
04/06/2026
๐ง๐๐๐จ๐๐๐ ๐๐ก๐๐?
โก๐ ๐ฆ๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐ ๐ง๐๐ก๐๐๐: ๐๐๐ก๐๐๐ ๐ง๐๐๐ก๐ข๐๐ข๐๐ ๐ช๐๐ฆ๐ง๐ ๐ง๐ข ๐๐ก๐๐ฅ๐๐ฌ (๐ช๐๐) ๐ โก
Pernah tak anda terfikir, ke mana perginya sisa pepejal yang kita buang setiap hari? Percaya atau tidak, sisa yang dibuang setiap hari sebenarnya boleh ditukarkan kepada tenaga elektrik daripada sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB)!
Di JPSPN, kami tidak melihat sampah sebagai sisa buangan semata-mata, tetapi sebagai sumber tenaga masa depan! Melalui teknologi ๐๐ผ๐ท๐ถ ๐ช๐ฎ๐๐๐ฒ ๐๐ผ ๐๐ป๐ฒ๐ฟ๐ด๐ (๐ช๐๐), sisa pepejal diproses menjadi sumber tenaga yang bersih dan lestari.
Jom lihat bagaimana WtE membawa impak besar kepada kita:
๐ข ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ฟ ๐ญ ๐ฆ๐๐ฎ๐๐ฒ ๐ญ ๐ช๐๐ menetapkan sasaran setiap negeri untuk mempunyai sekurang-kurangnya satu loji WtE bagi menguruskan sisa secara sistematik tanpa bergantung sepenuhnya kepada tapak pelupusan sisa pepejal.
๐๏ธ Perancangan rapi untuk membina ๐ญ๐ด ๐๐ผ๐ท๐ถ ๐ช๐๐ ๐ฑ๐ถ ๐๐ฒ๐น๐๐ฟ๐๐ต ๐ป๐ฒ๐ด๐ฎ๐ฟ๐ฎ ๐บ๐ฒ๐ป๐ท๐ฒ๐น๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ฎ๐ต๐๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ฐ๐ฌ sedang digerakkan secara berfasa.
๐ก Teknologi ini mampu menjana sehingga ๐ฒ๐ฌ๐ฌ๐ ๐ช ๐ง๐ฒ๐ป๐ฎ๐ด๐ฎ ๐๐ผ๐น๐ฒ๐ต ๐๐ฎ๐ต๐ฎ๐ฟ๐!
๐ก Tenaga yang dijana ini mampu membekalkan kuasa elektrik kepada ๐ฐ๐ฎ๐ฌ,๐ฌ๐ฌ๐ฌ ๐ฏ๐๐ฎ๐ต ๐ฟ๐๐บ๐ฎ๐ต di Malaysia.
Dengan teknologi WtE, kita bukan sahaja dapat mengurangkan kebergantungan kepada tapak pelupusan sisa pepejal, malah dapat menyumbang kepada pengurangan pelepasan gas rumah hijau (GHG). Sama-sama kita sokong usaha ini demi kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan generasi akan datang!
31/05/2026
๐ธ ๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง ๐ ๐๐ก๐ฌ๐๐ ๐๐จ๐ง ๐๐๐ฅ๐ ๐ช๐๐ฆ๐๐ ๐ธ
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Wesak 2026 kepada seluruh penganut agama Buddha di Malaysia.
Hari Wesak mengingatkan kita akan pentingnya nilai-nilai murni seperti kedamaian, kasih sayang, hormat-menghormati dan keharmonian dalam kehidupan seharian. Nilai-nilai sejagat ini menjadi asas penting dalam memperkukuh perpaduan, memupuk persefahaman, serta mengeratkan hubungan sesama insan dalam masyarakat yang berbilang kaum, budaya dan latar belakang.
Semoga sambutan hari yang bermakna ini membawa ketenangan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada anda serta keluarga. Marilah kita terus menyemai semangat kebersamaan dan menghargai kepelbagaian yang menjadi kekuatan negara demi masa depan yang lebih harmoni, aman dan sejahtera.
Ikhlas daripada :
YBhg. Dato' Ir. Ts. Gs. Dr. Mohd Azhar bin Abd Hamid
Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara
29/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐พ
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐พ
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) ingin merakamkan ucapan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan 2026 kepada seluruh masyarakat kaum Kadazandusun, Murut, Rungus, dan komuniti etnik di Sabah yang meraikannya.
Semoga sambutan penuh tradisi dan warisan budaya ini terus menyemarakkan semangat perpaduan, memperkukuh keharmonian masyarakat, dan serta membawa keamanan dan kesejahteraan yang berpanjangan untuk semua.
Ikhlas daripada :
YBhg. Dato' Ir. Ts. Gs. Dr. Mohd Azhar bin Abd Hamid
Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara
26/05/2026
๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ญ๐ฐ๐ฐ๐ณ๐ / ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ๐
Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada seluruh umat Islam, khususnya kepada seluruh komuniti yang sentiasa menyokong agenda kelestarian negara.
Aidiladha bukan sekadar sebuah sambutan, tetapi merupakan madrasah kehidupan yang mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan, dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi. Kisah Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. mengingatkan kita bahawa setiap kejayaan dan keberkatan dalam kehidupan menuntut pengorbanan yang besar.
Di JPSPN, kami melihat nilai pengorbanan ini diterjemahkan dalam setiap usaha yang digerakkan bersama โ sama ada pengorbanan masa, tenaga, mahupun keselesaan demi memastikan kebersihan persekitaran dan kelestarian alam terus terpelihara untuk generasi akan datang.
Bagi yang pulang ke kampung halaman, berhati-hatilah di jalan raya dan semoga perjalanan anda dipermudahkan.
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha.
Ikhlas daripada :
YBhg. Datoโ Ir. Ts. Gs. Dr. Mohd Azhar bin Abd Hamid,
Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara