14/06/2026
🌿Aktiviti Kebun Komuniti Putrajaya🌿
Pada 14 Jun 2026, Perbadanan Putrajaya telah menerima kunjungan lawatan teknikal pelajar dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke Laman Dapur Taman Botani Putrajaya dan Kebun Komuniti 3 (KK3) Presint 9, Putrajaya. Sesi taklimat telah disampaikan oleh LAr. Haris bin Kasim, Pengarah Bahagian Pengurusan Hortikultur, Jabatan Landskap dan Taman.
Lawatan dan sesi perkongsian ilmu ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai aspek rekabentuk landskap khususnya pembangunan kebun komuniti yang mampu menggalakkan interaksi sosial, memperkukuh semangat kejiranan dan meningkatkan kesejahteraan komuniti sebagai salah satu pendekatan ke arah pembangunan bandar yang mampan.
Semoga perkongsian ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat memberi manfaat dalam melahirkan profesional landskap yang berpengetahuan, kreatif serta prihatin terhadap pembangunan komuniti.
“Daripada komuniti, untuk komuniti.” 🌱
12/06/2026
📌 MAKLUMAN LANJUTAN: Kerja-Kerja Naik Taraf Sistem Lampu Isyarat Berteknologi Pintar di Presint 14, Putrajaya
Sila ambil maklum bahawa kerja-kerja penukaran traffic light controller di Persimpangan P14-J5 dan P14-J6, Presint 14 terpaksa dilanjutkan.
Sebab Kelewatan: Kerja-kerja terhenti seketika berikutan hujan yang turun semasa operasi dijalankan, demi memastikan keselamatan pekerja dan sistem.
Status Terkini: Penutupan jalan di kawasan persimpangan tersebut masih dilaksanakan buat masa ini bagi meneruskan kerja-kerja yang tertangguh.
🚗 Panduan Pengguna Jalan Raya:
Patuhi semua papan tanda keselamatan dan arahan penjaga lalu lintas di lokasi.
Rancang perjalanan anda dan gunakan aplikasi navigasi (Waze/Google Maps) untuk laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan.
Pihak Perbadanan Putrajaya memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Keselamatan anda keutamaan kami. Mohon bersabar dan pandu cermat! 🙏
12/06/2026
MAKLUMAN PENUTUPAN JALAN SECARA BERPERINGKAT DI PERSIARAN PERDANA BAGI PENGANJURAN CAR FREE DAY PUTRAJAYA EDISI JUN 2026:
📢 Tarikh: 13 Jun - 14 Jun 2026
🕐 10.00 malam- 11.00 pagi
🚫 Persiaran Perdana
Pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan dimohon untuk berhati-hati dan mematuhi papan tanda keselamatan serta kakitangan yang bertugas untuk perjalanan yang lancar dan selamat. Segala kesulitan amatlah dikesali.
12/06/2026
Putrajaya ke arah hab sukan berprestasi tinggi negara. ⚽️🏸🏉🚴♂️
Sumber: Majlis Amanat YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Bersama Warga Perbadanan Putrajaya
🗓️ 11 Jun 2026
11/06/2026
🤝 Kunjungan Hormat ke Astaka Morocco, Taman Botani Putrajaya
Terima kasih atas kunjungan hormat oleh Encik Mohammed Saidi, Timbalan Duta Kedutaan Kerajaan Maghribi ke Astaka Morocco, Taman Botani Putrajaya hari ini.
Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama yang lebih erat serta membuka peluang perkongsian ilmu dan budaya dalam bidang landskap, alam sekitar dan warisan untuk manfaat bersama. 🌿🇲🇦🇲🇾
11/06/2026
Taman Botani Putrajaya telah menerima kunjungan daripada peserta Kursus Penyelenggaraan Landskap anjuran Putra Design Nucleus (PDN), Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), UPM pada 11 Jun 2026(Khamis).
Lawatan yang disertai oleh 25 orang peserta yang terdiri daripada anggota Maktab Teknik PDRM Bakri, Majlis Bandaraya Kuantan dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya ini bertujuan untuk melawat fasiliti landskap di Putrajaya.
Lawatan ke tapak fasiliti ini adalah sebagai pendedahan secara langsung serta pengetahuan teknikal berkenaan aspek pengurusan tapak kompos serta pengurusan nurseri serta penyelenggaraan landskap yang efisien.
Para peserta turut dibawa meninjau dan menerima taklimat ringkas dari pegawai Taman Botani Putrajaya (Pn.LAr. Nur Nisha & En. Rosedzandi) dan pegawai Pengurusan & Penyelenggaraan Landskap( Pn. Salwa & En Azrul Ihsan) dan seterusnya ke Tapak Kompos Taman Botani Putrajaya dan Nurseri Taman Wetland.
Diharapkan sesi perkongsian ini akan mmbuka ruang kerjasama yang lebih strategik di antara Perbadanan Putrajaya dan Universiti Putra Malaysia(UPM) dari aspek latihan pada masa akan datang.
11/06/2026
🌾🎨 JOM KE BAZAR AGRO WARISAN 2026! 🎉
Sertai pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga di Taman Warisan Pertanian, Presint 16, Putrajaya pada 27 & 28 Jun 2026.
✨ Aktiviti Menarik:
🎨 Pertandingan Melukis Doodle
🖍️ Pertandingan Mewarna
🪞 Bengkel Mirror Clay
🌿 Bengkel Eco Print Bag
Bengkel Mencanting Batik
👘 Pertandingan Keluarga Paling Bergaya
💰 Yuran penyertaan: RM10 seorang (aktiviti terpilih)
📍 Taman Warisan Pertanian, Presint 16, Putrajaya
📅 27 & 28 Jun 2026
⏰ 8.00 pagi – 6.00 petang
📲 Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran.
11/06/2026
‼️Adalah dimaklumkan bahawa Perkhidmatan Serahan dan Pembaharuan Pas Bulanan Tanpa Had, Nadi 30 dan Nadi 10 di Kaunter Khidmat Pelanggan, Perbadanan Putrajaya (PPj) telah kembali beroperasi seperti biasa😊 Terima kasih.
❗️MAKLUMAN GANGGUAN PERKHIDMATAN SERAHAN DAN PEMBAHARUAN PAS BULANAN NADI30 DAN NADI10 DI KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN, PERBADANAN PUTRAJAYA❗️