Projek Roti Kampung, inisiatif ini bukan sahaja melengkapkan keperluan nutrisi kanak-kanak TABIKA KEMAS, malah turut membuka peluang pendapatan serta melahirkan usahawan baharu di peringkat akar umbi. Sejak bermula pada Oktober 2025, projek ini telah memberi manfaat kepada 12,987 kanak-kanak di 632 buah TABIKA melahirkan 25 usahawan dan mewujudkan 55 peluang pekerjaan baharu.
Selain itu, Projek Jahitan Pukal Pakaian Seragam TABIKA KEMAS terus memperkasa usahawan jahitan bimbingan KEMAS dengan berjaya membekalkan 123,659 pasang tudung kepada kanak-kanak TABIKA KEMAS melibatkan seramai 596 usahawan jahitan di seluruh negara.
Di sini bermulaโฆ
KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat
"๐ซ๐๐๐๐๐ ๐ฉ๐๐๐๐๐๐โฆ" https://linktr.ee/KEMASOFFICIAL
23/06/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐ ๐๐ฎ๐ง - Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) kini memberi tumpuan kepada agenda pemerkasaan ekonomi bumiputera dalam setiap program yang dilaksanakan demi memastikan agenda nasional tercapai.
Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Mohd Hanafiah Man menegaskan bahawa KEMAS perlu beralih daripada minda sebagai penyedia latihan kemahiran kepada agensi penjana pendapatan rakyat. Tahun 2026 merupakan tahun pengukuhan transformasi pembangunan komuniti KEMAS selaras dengan aspirasi pembangunan negara.
Usaha memperkasakan ekonomi masyarakat ini mendapat sokongan padu YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datoโ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, yang sentiasa mendukung aspirasi jabatan dalam merancakkan aktiviti masyarakat Bumiputera di luar bandar.
Beliau berkata, KEMAS perlu bergerak daripada sekadar melaksanakan aktiviti kepada sebuah agensi pembangunan komuniti yang mampu menghasilkan impak sebenar kepada masyarakat melalui pendekatan yang lebih strategik, responsif dan berfokuskan outcome.
Fokus kepada Projek Roti Kampung, inisiatif ini bukan sahaja melengkapkan keperluan nutrisi kanak-kanak TABIKA KEMAS, malah turut membuka peluang pendapatan serta melahirkan usahawan baharu di peringkat akar umbi. Sejak bermula pada Oktober 2025, projek ini telah memberi manfaat kepada 12,987 kanak-kanak di 632 buah TABIKA melahirkan 25 usahawan dan mewujudkan 55 peluang pekerjaan baharu.
Selain itu, Projek Jahitan Pukal Pakaian Seragam TABIKA KEMAS terus memperkasa usahawan jahitan bimbingan KEMAS dengan berjaya membekalkan 123,659 pasang tudung kepada kanak-kanak TABIKA KEMAS melibatkan seramai 596 usahawan jahitan di seluruh negara.
Turut diberi perhatian ialah pelaksanaan Inisiatif Barberpreneur KEMAS yang akan dilancarkan tidak lama lagi bagi menyokong usaha menangani kos sara hidup masyarakat di samping memperkukuh ekonomi anak muda dan usahawan mikro. Ia akan ditawarkan kepada 273 orang belia yang mendapat peralatan gunting rambut menerusi program QuickWIns KEMAS.
Bagi memastikan kelancaran setiap perancangan di lapangan, Datuk Mohd Hanafiah menambah, penstrukturan semula perjawatan perlu dilaksanakan bagi memastikan perkhidmatan KEMAS akan lebih bermakna dan memberi impak yang nyata kepada masyarakat.
Penerapan budaya kerja One Ministry Mindset turut diberi penekanan agar seluruh warga KEMAS bergerak sebagai satu pasukan dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan dan pembangunan komuniti yang holistik serta mampan.
Kesemua inisiatif dan rombakan strategik ini akan memastikan kelangsungan ekosistem usahawan komuniti, sekaligus merealisasikan agenda utama. Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Program Pendidikan Kemahiran dan Pembangunan Komuniti KEMAS di Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM) Pantai, di sini, hari ini.
KEMAS... Di sini bermulaโฆ
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ | ๐๐โ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
KEMAS menerima kunjungan delegasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke tiga TABIKA KEMAS terpilih pada 18 hingga 22 Jun 2026 bagi meninjau pelaksanaan pendidikan awal kanak-kanak serta mendapatkan input berkaitan pengoperasian TABIKA KEMAS.
Lawatan melibatkan TABIKA KEMAS Bunga Rafflesia 5R3, Putrajaya (SmartClassroom@KEMAS), TABIKA Tunas Istimewa@KEMAS Bandar Seri Putra, Kajang dan TABIKA KEMAS PPAK Paya Jaras Hilir, Selangor (Program Pra Tahfiz).
Melalui sesi taklimat, lawatan kelas dan interaksi bersama pendidik, delegasi KPM berpeluang melihat sendiri pelaksanaan inisiatif pendidikan awal kanak-kanak KEMAS yang menyokong pembangunan generasi masa depan yang holistik, inklusif dan berdaya saing.
22/06/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
PAYA JARAS, 22 Jun - Tiga TABIKA KEMAS terpilih iaitu TABIKA KEMAS Bunga Rafflesia 5R3, Putrajaya; TABIKA Tunas Istimewa@KEMAS Bandar Seri Putra, Kajang dan TABIKA KEMAS PPAK Paya Jaras Hilir, Selangor telah menerima kunjungan delegasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam siri lawatan yang berlangsung pada 18 hingga 22 Jun 2026 bagi meninjau pelaksanaan program pendidikan awal kanak-kanak yang dilaksanakan oleh KEMAS.
Lawatan yang melibatkan pegawai-pegawai kanan daripada pelbagai bahagian di KPM ini bertujuan mendapatkan gambaran secara langsung mengenai pengoperasian TABIKA KEMAS serta mengumpul input bagi menyokong usaha penyelarasan dasar dan tadbir urus pendidikan prasekolah di Malaysia.
Sepanjang lawatan, delegasi KPM telah diberi taklimat mengenai inisiatif pendidikan awal kanak-kanak KEMAS termasuk pelaksanaan SmartClassroom@KEMAS, Program TABIKA Tunas Istimewa@KEMAS dan Program Pra Tahfiz KEMAS.
Delegasi turut berpeluang meninjau sesi pengajaran dan pembelajaran, berinteraksi dengan pendidik serta melihat pelaksanaan aktiviti yang dijalankan di TABIKA terlibat.
Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan KEMAS dan KPM dalam memperkukuh kerjasama strategik bagi memastikan akses pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti, inklusif dan relevan dengan keperluan semasa, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
22/06/2026
๐ฆ ๐๐๐๐๐ ๐๐จ๐ง ๐๐ญ๐๐ซ๐ ๐๐ข๐ฉ๐๐ซ๐ค๐๐ฌ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ข ๐๐ฎ๐ญ๐ ๐๐๐ฌ๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ฒ๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฅ๐ฎ๐ข ๐๐จ๐๐ฎ๐ฅ ๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐@๐๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ข
Seramai 30 orang peserta terdiri daripada ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) dari lima parlimen di Zon Utara (Kuala Kedah, Pendang, Alor Setar, Jerlun dan Kubang Pasu) telah menghadiri Mesyuarat Penilaian Kebolehlaksanaan Modul AKSARA Zon Utara yang berlangsung di Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM) KEMAS Jerlun semalam 21 Jun 2026.
Mesyuarat ini diadakan hasil kerjasama antara Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan KEMAS melalui Program KITARA@Komuniti, iaitu satu inisiatif yang bertujuan memperkasakan komuniti dalam meningkatkan kesedaran dan amalan keselamatan jalan raya di peringkat akar umbi.
Penganjuran mesyuarat ini bertujuan memperkenalkan serta menilai kebolehlaksanaan Modul AKSARA sebagai panduan kepada ahli JPKKP dalam melaksanakan program dan aktiviti berkaitan keselamatan jalan raya di kawasan masing-masing. Modul ini turut memberi pendedahan mengenai tatacara pengendalian program keselamatan jalan raya serta kaedah pelaksanaan yang berkesan dengan penglibatan aktif pemimpin komuniti dan penduduk setempat.
Sepanjang sesi berlangsung, para peserta telah diberikan penerangan mengenai peranan JPKKP sebagai ejen penyampai maklumat keselamatan jalan raya kepada masyarakat, selain berkongsi pandangan dan cadangan bagi memastikan pelaksanaan modul dapat memberi impak positif kepada komuniti luar bandar.
Diharapkan melalui Program KITARA@Komuniti dan Modul AKSARA ini, tahap kesedaran masyarakat terhadap aspek keselamatan jalan raya dapat dipertingkatkan sekali gus membantu mengurangkan risiko kemalangan serta mewujudkan komuniti yang lebih prihatin, selamat dan sejahtera.
22/06/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ @๐๐๐๐๐
19 Jun 2026 | Bandar Seri Putra, Hulu Langat
Bandar Seri Putra โ Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengadakan lawatan kerja ke TABIKA Tunas Istimewa Bandar Seri Putra, Hulu Langat pada 19 Jun 2026 sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh perancangan dan pembangunan pendidikan negara.
Delegasi seramai 20 orang itu diketuai oleh Hisham Haji Rahmat, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Dasar Pendidikan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Turut hadir ialah Pengarah KEMAS Negeri Selangor, Ketua Penolong Pengarah BPAK Ibu Pejabat, Penolong Pengarah BPAK Ibu Pejabat, Penolong Pengarah KEMAS Negeri Selangor, Pegawai KEMAS Daerah Hulu Langat serta pegawai-pegawai KEMAS Ibu Pejabat & KEMAS Selangor.
Lawatan ini diadakan susulan pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) bagi meninjau pelaksanaan program pendidikan awal kanak-kanak berkeperluan khas di TABIKA Tunas Istimewa serta mendapatkan maklumat dan pandangan bagi tujuan perancangan dasar pendidikan yang lebih inklusif dan menyeluruh.
Program ini turut menjadi platform perkongsian amalan terbaik serta pengukuhan kerjasama strategik antara KPM dan KEMAS dalam memperkasakan pendidikan awal kanak-kanak, khususnya bagi murid berkeperluan khas.
22/06/2026
๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Paya Jaras, 22 Jun โ Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meneruskan siri lawatan ke TABIKA KEMAS Negeri Selangor dengan mengadakan kunjungan ke TABIKA KEMAS PPAK Paya Jaras Hilir bagi meninjau pelaksanaan pendidikan awal kanak-kanak di premis berkenaan.
Lawatan yang merupakan premis ketiga dikunjungi KPM ke TABIKA KEMAS itu melibatkan delegasi seramai 20 pegawai yang mewakili 33 bahagian di KPM dan diketuai oleh Hisham Haji Rahmat, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Dasar Pendidikan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ketibaan delegasi disambut oleh Mohd Safri Tambong, Pegawai KEMAS Daerah Petaling yang turut menyampaikan ucapan alu-aluan serta taklimat ringkas berkaitan pelaksanaan program pendidikan awal kanak-kanak di TABIKA KEMAS.
Turut hadir ialah Penolong Pengarah BPAK Ibu Pejabat, Penolong Pengarah KEMAS Negeri Selangor, pegawai-pegawai KEMAS Ibu Pejabat & KEMAS Negeri Selangor serta Pengerusi TABIKA.
Lawatan tersebut bertujuan melihat secara lebih dekat pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di TABIKA KEMAS, khususnya program Pra Tahfiz yang menjadi antara elemen penting dalam pembentukan sahsiah dan pendidikan awal kanak-kanak di samping aktiviti pembelajaran harian yang dilaksanakan.
Sesi berkenaan turut menjadi platform perkongsian maklumat, pengalaman serta amalan terbaik antara KPM dan KEMAS dalam usaha memperkukuh kualiti pendidikan awal kanak-kanak serta melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan seimbang selaras dengan aspirasi pendidikan negara.
Petikan ucapan Datoโ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah di Majlis Himpunan Huffaz Negeri Pahang Tahun 2026 yang menghimpunkan 5000 para huffaz al-Quran dari seluruh negeri Pahang.
Beliau turut menyaksikan sesi pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Mohd Hanafiah Man, bersama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, YH Datoโ Indera Mahmud Mohd Nawawi bagi memperkukuh kerjasama strategik
dalam pelaksanaan Program Pra Tahfiz KEMAS.
19/06/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐-๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐
๐
๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
KUANTAN, 19 Jun โ Pendidikan al-Quran perlu dimulakan seawal peringkat prasekolah bagi membentuk generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam hafazan, malah memiliki akhlak, sahsiah dan jati diri yang kukuh sebagai pemimpin masa hadapan.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Datuk Mohd Hanafiah Man berkata, usia empat hingga enam tahun merupakan tempoh emas perkembangan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan tinggi untuk menghafaz, menyerap ilmu serta membentuk nilai dan sahsiah diri.
"Pendedahan kepada al-Quran sejak usia muda bukan sekadar melatih hafazan, tetapi turut menyemai kecintaan terhadap al-Quran, membentuk disiplin dan memperkukuhkan hubungan spiritual kanak-kanak dengan Allah SWT," katanya pada Forum 1 bertajuk "Didik Anak Seawal Prasekolah dan Peluang Pendidikan Tahfiz Peringkat Rendah" sempena Seminar Huffaz Negeri Pahang 2026 di sini hari ini.
Beliau turut berkongsi kejayaan Program TABIKA KEMAS Pra Tahfiz hasil kerjasama strategik antara KEMAS dan Yayasan Pahang. Bermula sebagai projek rintis pada 2023, program itu kini diperluaskan ke 8,245 buah TABIKA KEMAS di seluruh negara, melibatkan lebih 112,000 kanak-kanak Islam.
"Pencapaian ini membuktikan pendidikan hafazan boleh diterapkan secara berkesan sejak peringkat prasekolah melalui pendekatan yang sesuai dengan perkembangan kanak-kanak," katanya.
Beliau turut menekankan bahawa kejayaan pendidikan tahfiz tidak boleh diukur semata-mata berdasarkan jumlah surah yang dihafaz, sebaliknya perlu dilihat dari aspek pembentukan akhlak, adab, disiplin dan keyakinan diri.
"Matlamat utama pendidikan awal adalah melahirkan insan yang seimbang dari aspek intelek, emosi, rohani dan sosial," jelasnya sambil merujuk penegasan yang selalu ditekankan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Datoโ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu memastikan anak anak seawal usia dididik untuk keseimbangan ukhrawi dan duniawi.
Beliau turut menggariskan kepentingan kerjasama antara institusi pendidikan, agensi kerajaan, ibu bapa dan komuniti dalam membina ekosistem pendidikan al-Quran yang mampan dan berterusan.
Antara langkah yang dicadangkan beliau termasuk penyelarasan kurikulum pendidikan al-Quran, pembangunan kompetensi guru, pengukuhan laluan pendidikan tahfiz serta penggunaan teknologi seperti sistem myTahfiz bagi memantau perkembangan hafazan murid secara lebih sistematik.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB Dato' Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, ketika merasmikan seminar tersebut, berkata pendidikan tahfiz perlu terus diperkasakan sebagai agenda strategik negeri dalam melahirkan generasi yang menghafaz, memahami dan memimpin berasaskan nilai-nilai al-Quran.
Beliau turut menyifatkan seminar itu sebagai platform penting untuk membincangkan hala tuju pendidikan tahfiz yang relevan, berdaya saing dan memenuhi keperluan masa depan negara.
Forum yang berlangsung selama dua jam itu turut menampilkan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia, Tuan Haji Omar Salleh, dan Penasihat Pendidikan Kumpulan Yayasan Pahang, Prof. Datuk Dr. Noriah Mohd Ishak, sebagai ahli panel.
Sesi forum itu dimoderatkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP), Dato' Mohd Lafzul Muda Al-Hafiz, yang mengetengahkan pelbagai isu berkaitan pendidikan awal kanak-kanak, peluang pendidikan tahfiz serta pembangunan ekosistem pendidikan al-Quran yang berterusan dan berdaya saing.
Seminar Huffaz Negeri Pahang 2026 menghimpunkan lebih 250 peserta terdiri daripada mudir, pengetua, pengusaha institusi tahfiz, sekolah agama dan sekolah pondok serta para pendidik bagi membincangkan usaha memperkukuh pembangunan pendidikan tahfiz secara menyeluruh di negara ini.
SIARAN LANGSUNG SEMINAR HUFFAZ NEGERI PAHANG 2026 DI DEWAN UTAMA, KOMPLEKS YAYASAN PAHANG, KUANTAN
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Telephone
Website
Address
Aras 5/9, No. 47, Persiaran Perdana, Presint 4
Putrajaya
62100
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |
