05/06/2026
BENGKEL MENTAL HEALTH AND PSYCHOSOCIAL SUPPORT (MHPSS) KEPADA VICTIMS ASSISTANCE SPECIALIST (VAS) SIRI 1 TAHUN 2026
KUCHING, SARAWAK | 2 & 3 FEBRUARI 2026
Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (NSO MAPO) dengan kerjasama International Organization for Migration (IOM) Malaysia telah menganjurkan Bengkel Mental Health and Psychosocial Support (MHPSS) kepada Victims Assistance Specialist (VAS) Siri 1 Tahun 2026 di Hotel Riverside Majestic, Kuching, Sarawak.
Bengkel ini bertujuan memperkukuh pengetahuan, kemahiran dan keupayaan para peserta dalam memberikan sokongan kesihatan mental serta psikososial kepada mangsa pemerdagangan orang. Program ini turut menjadi platform perkongsian amalan terbaik, pengukuhan kerjasama antara agensi serta meningkatkan kecekapan pegawai yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan perlindungan mangsa.
Usaha berterusan ini mencerminkan komitmen NSO MAPO dan IOM Malaysia dalam memperkukuh sistem perlindungan mangsa yang lebih holistik, berkesan dan berpusatkan mangsa.
03/06/2026
NSO MAPO mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha di Malaysia.
Semoga sambutan Hari Wesak pada tahun ini membawa sinar kedamaian, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua. Marilah kita bersama-sama menghayati nilai kasih sayang, toleransi dan keharmonian demi memperkukuh perpaduan serta kesejahteraan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Selamat Menyambut Hari Wesak.
03/06/2026
NSO MAPO mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di Malaysia.
Semoga ibadah korban yang dilaksanakan menjadi lambang keikhlasan, pengorbanan dan ketaatan kepada Allah SWT, serta menyemarakkan semangat kebersamaan, kasih sayang dan keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan.
Marilah kita bersama-sama menghayati nilai-nilai murni Aidiladha dalam memperkukuh perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan negara.
Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M.
26/05/2026
๐ฃ๐จ๐ง๐ฅ๐๐๐๐ฌ๐, ๐ฎ๐ฑ ๐ ๐ฒ๐ถ โ NSO MAPO telah menerima kunjungan hormat daripada Ms. Jane Duke, Ambassador to Counter Modern Slavery, People Smuggling and Human Trafficking, Department of Foreign Affairs and Trade (DFAT) Australia bersama delegasi dari DFAT, Australian Border Force dan Australian Federal Police.
Sesi libat urus yang dipengerusikan oleh YBrs. Puan Marweena Manan, Setiausaha Bahagian NSO MAPO turut membincangkan isu pemerdagangan orang, penyeludupan migran, penipuan pekerjaan (job scam) serta perhambaan moden dalam rantaian bekalan global.
Kunjungan ini mencerminkan komitmen Malaysia dan Australia dalam memperkukuh kerjasama strategik serta mekanisme dwihala dan serantau bagi membanteras jenayah rentas sempadan.
21/05/2026
๐๐จ๐ก๐๐จ๐ก๐๐๐ก ๐๐ข๐ฅ๐ ๐๐ง ๐ ๐๐ฅ๐๐ง๐๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ ๐๐ ๐ก๐ฆ๐ข ๐ ๐๐ฃ๐ข
21 Mei 2026 | Putrajaya
NSO MAPO telah menerima kunjungan hormat daripada Bahagian Siasatan Jenayah Maritim (BSJM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bagi membincangkan pengukuhan kerjasama strategik dalam membanteras jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran di perairan negara.
Sesi perbincangan turut memberi fokus kepada pemantapan koordinasi operasi, perkongsian maklumat strategik serta usaha meningkatkan kesedaran awam melalui pendekatan antara agensi yang lebih menyeluruh.
18/05/2026
Seminar Sinergi Nasional Mencegah dan Membasmi Pemerdagangan Orang dan Eksploitasi Pekerja telah berlangsung di Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah pada 18 Mei 2026.
Program ini menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama strategik antara agensi serta meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung isu pemerdagangan orang dan eksploitasi pekerja di negara ini.
Turut diadakan Booth Kajian Soal Selidik: Kesedaran Awam Berhubung Isu Pemerdagangan Orang oleh MAPO bagi mendapatkan pandangan serta tahap kefahaman masyarakat terhadap isu berkaitan pemerdagangan orang.
Semoga usaha berterusan ini dapat memperkukuhkan kesedaran awam dan menyokong agenda negara dalam membanteras jenayah pemerdagangan orang.
15/05/2026
14 Mei 2026 | NSO MAPO telah menerima kunjungan wakil daripada Suruhanjaya Tinggi Canada ke Malaysia bersama delegasi Royal Canadian Mounted Police (RCMP) dalam satu sesi perbincangan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat NSO MAPO, Aras 2, SP7 Kementerian Dalam Negeri.
Pertemuan ini memberi fokus kepada pertukaran pandangan dan perkongsian amalan terbaik berkaitan usaha membanteras jenayah pemerdagangan orang serta memperkukuh kerjasama strategik antara Malaysia dan Canada dalam menangani isu rentas sempadan.
15/05/2026
Penyertaan Malaysia dalam Regional Workshop on Validation of the Zero Draft ASEAN Policy Brief on Disability and Trafficking in Persons (TIP): Strengthening Protection for Persons with Disabilities yang berlangsung pada 7 hingga 8 Mei 2026 di Manila.
Platform serantau ini menjadi medium penting dalam memperkukuh kerjasama, perkongsian pandangan serta usaha mempertingkat mekanisme perlindungan terhadap golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang berisiko menjadi mangsa pemerdagangan orang di rantau ASEAN.
Malaysia turut diwakili oleh NSO MAPO, National Council for the Blind Malaysia (NCBM), SHUT dan AICHR sebagai manifestasi komitmen berterusan negara dalam memperjuangkan perlindungan inklusif, hak asasi manusia serta usaha membanteras jenayah pemerdagangan orang.
13/05/2026
๐ Kajian Lapangan MAPO: Kesedaran Awam Berhubung Isu Pemerdagangan Orang
Pada 12 Mei 2026, MAPO telah melaksanakan kajian lapangan berkaitan tahap kesedaran awam berhubung isu pemerdagangan orang sempena Pameran PDRM Special Dialogue V 2026 yang berlangsung di KLGCC Convention Center.
MAPO turut berbesar hati atas jemputan pihak PDRM untuk bersama-sama menyertai pameran tersebut di Booth PDRM.
Orang ramai dan para peserta yang hadir telah mengambil bahagian dengan menjawab survey yang disediakan bagi menyokong usaha meningkatkan kesedaran berkaitan jenayah pemerdagangan orang. Sebagai tanda penghargaan, para peserta turut menerima hadiah saguhati daripada MAPO.
Terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang diberikan dalam memperkukuh usaha pencegahan jenayah pemerdagangan orang.
08/05/2026
THE SECOND ASEAN SENIOR OFFICIALS MEETING ON TRANSNATIONAL CRIME (SOMTC) WORKING GROUP ON PEOPLE SMUGGLING (2nd ASEAN SOMTC WG on PS)
Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (NSO MAPO) telah menganjurkan 2nd ASEAN Senior Officials Meeting on Transnational Crime (SOMTC) Working Group on People Smuggling (WG on PS) secara dalam talian pada 7 Mei 2026 di Dewan Gemilang, Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya.
Mesyuarat tahunan antara negara-negara ASEAN ini merupakan platform utama dalam memperkukuh kerjasama serantau bagi menangani isu penyeludupan migran melalui perkongsian maklumat, penyelarasan tindakan serta pengukuhan kerjasama strategik antara negara anggota. Di dalam mesyuarat kali ini, wakil daripada Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM), Ms. Laura Scorretti, Senior Regional Immigration and Border Governance Specialist dari IOM Regional Office for Asia and the Pacific, telah menyampaikan pembentangan di Sesi Terbuka. Topik yang dibentangkan adalah โTrend Migrasi Serantau dan Sokongan IOM dalam Membendung Penyeludupan Migran serta Pemerdagangan Orang.โ IOM telah berkongsi kepakaran serantau dan pengalaman operasi, serta berharap dapat menyumbang kepada usaha bersama dalam menangani cabaran migrasi dan jenayah rentas sempadan.
Malaysia terus menjalankan peranan aktif sebagai Voluntary Lead Shepherd (VLS) bagi isu People Smuggling di peringkat ASEAN dalam usaha memperkasa tindakan kolektif ke arah keselamatan dan kesejahteraan serantau.