15/06/2026
YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato’ Mohammed Rhiza bin Ghazi, Naib Presiden Persatuan Sukan Bermotor Malaysia.
Kunjungan ini bertujuan mengukuhkan hubungan kerjasama antara KBS dan Persatuan Sukan Bermotor Malaysia, di samping bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa sukan permotoran serta usaha memperkasakan ekosistem sukan negara.
14/06/2026
Belia bukan sekadar masa depan negara, belia adalah penggerak perubahan hari ini! 🚀
Pulau Pinang menjadi saksi semangat luar biasa anak muda yang berhimpun sempena Hari Belia Negara dan Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2026 di UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh. 📍
Dengan tema "Menggerak Belia MADANI", majlis perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari diiringi oleh EXCO Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, YB Daniel Gooi dan Ketua Pengarah JBSN, Puan Azura Abidin. 🏁
Sambutan ini bukan sekadar meraikan belia - malah menjadi platform memperkasa bakat, potensi dan kepimpinan generasi muda menerusi pelbagai aktiviti menarik seperti sukan dan rekreasi, e-sukan, bengkel literasi kewangan, pameran interaktif, jualan usahawan belia serta persembahan kebudayaan dan kesenian. 🔋
Majlis turut diserikan dengan penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Pulau Pinang dengan penerima utama seperti berikut: 👇🏻
🥇Kategori Individu Lelaki: Saudara Sharran Loganadzan
🥇Kategori Individu Wanita: Saudari Shameera Nasreen Ahamed Noordeen
🥇Kategori Pertubuhan Belia: Gerakan Belia 4B Negeri Pulau Pinang
Selain itu, KBS menerusi JBSN turut menyalurkan bantuan dan dana strategik berjumlah RM1.406 juta bagi memperkukuh pembangunan belia dan sukan di Pulau Pinang sepanjang tahun 2026. 🔥
Inilah bukti komitmen berterusan KBS dalam menyediakan lebih banyak peluang, ruang dan sokongan kepada belia untuk terus maju, aktif dan menjadi pemangkin pembangunan negara. 🇲🇾
14/06/2026
YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan hadir memeriahkan Program Rakan Litar Trackday yang berlangsung di Sepang International Circuit, Sepang.
Program yang digerakkan menerusi Gaya Hidup Rakan Muda, iaitu Rakan Litar, menjadi platform menghimpunkan belia daripada pelbagai latar belakang sambil memupuk semangat perpaduan, kebersamaan dan penglibatan aktif dalam kalangan belia.