15/06/2026
Puan Qurratu' Aina binti Abd Rahman, Penolong Pengarah, Unit Pendaftaran, Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) telah menghadiri sesi temu bual di SELANGORfm pada 15 Jun 2026.
Perkongsian ini memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kepentingan menjaga maklumat peribadi, risiko penyalahgunaan data serta langkah keselamatan yang perlu diambil ketika menggunakan platform digital.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat untuk lebih peka dan berhemah dalam mengurus serta melindungi data peribadi.
Sekiranya terdapat sebarang insiden melibatkan pelanggaran data peribadi dalam transaksi komersial, aduan boleh dibuat melalui laman sesawang rasmi Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi https://daftar.pdp.gov.my/p_aduan.
12/06/2026
PEMAKLUMAN: PERUBAHAN GERBANG PEMBAYARAN
11/06/2026
PERBINCANGAN BERSAMA STRAITS INTERACTIVE
Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) telah mengadakan satu sesi mesyuarat dan perbincangan susulan bersama Straits Interactive pada 9 Jun 2026 di Ibu Pejabat JPDP, Putrajaya. Sesi perbincangan telah diketuai oleh Puan Suhana binti Mohd Jamil, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Penyelidikan dan Penilaian Risiko
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan potensi kerjasama strategik antara JPDP dan Straits Interactive dalam aspek perkongsian kepakaran dan pembangunan kapasiti dalam bidang perlindungan data peribadi.
Perbincangan turut memberi tumpuan kepada peluang kerjasama dalam aspek penyediaan perkhidmatan latihan, pembangunan kompetensi profesional serta inisiatif yang dapat meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai tadbir urus data yang berkesan dalam kalangan organisasi sektor awam dan swasta.
JPDP merakamkan penghargaan kepada Straits Interactive atas kesediaan untuk meneroka peluang kolaborasi strategik bersama jabatan ini bagi menyokong usaha pematuhan dan tadbir urus data dalam sektor awam dan swasta dalam memperkukuh pematuhan terhadap Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709].
11/06/2026
KUNJUNGAN HORMAT MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD (MAHB) KE JABATAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) telah menerima kunjungan hormat daripada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pada 11 Jun 2026 di Ibu Pejabat JPDP, Putrajaya. Delegasi MAHB telah disambut oleh Encik I.D. Safairis bin Amat Noor, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Pemantauan III (Insiden Siber), bersama pegawai-pegawai JPDP.
Kunjungan hormat MHAB bertujuan untuk memberikan penerangan terperinci berhubung berhubung penganjuran Persidangan Governance, Risk, Integrity and Control (GRIC) 2026 yang bakal dianjurkan oleh MAHB dengan tema “Governance with Integrity: From Compliance to Culture”.
Kunjungan hormat itu juga memberi ruang kepada pihak MAHB untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai keperluan perundangan, cabaran pelaksanaan serta usaha memperkukuh amalan perlindungan data peribadi dan budaya pematuhan di Malaysia Airports.
Turut hadir dari pihak Airports Holdings Berhad (MAHB) ialah Encik Lim Wai Yin, General Manager selaku ketua delegasi serta Puan Farah Solehah Abdollah, Puan Wahida Ashikin Mohiedin dan Puan Nurul Hafsah Hamzah bersama-sama pegawai kanan JPDP.
09/06/2026
PERUBAHAN TEMPOH PERAKUAN PENDAFTARAN
Mulai 1 Jun 2026, permohonan pendaftaran baharu dan pembaharuan Perakuan Pendaftaran Pengawal Data boleh dibuat bagi tempoh satu (1) tahun sehingga lima (5) tahun.
Sehubungan dengan itu, pautan Pekeliling Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi Bilangan 1 Tahun 2026 boleh dicapai melalui https://www.pdp.gov.my/ppdpv1/akta/pekeliling-pesuruhjaya-perlindungan-data-peribadi-bilangan-1-tahun-2026-pendaftaran-pengawal-data/
08/06/2026
Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian bersempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi yang telah berlangsung di Dewan Serbaguna, Aras B1, Menara Komunikasi, Putrajaya.
Seiring dengan penganjuran perhimpunan ini, Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) turut menyertainya secara dalam talian yang dihadiri oleh YBrs. Puan Shariffah Rashidah binti Syed Othman, Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi serta warga JPDP di Bilik Mesyuarat JPDP bersama semua warga JPDP.