22/05/2026
⚠️ ⚠️⚠️ WASPADA: SCAMMER TENDER PALSU & PENYAMARAN NAMA PEGAWAI JPS WP PUTRAJAYA ⚠️⚠️ ⚠️
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Wilayah Persekutuan Putrajaya ingin menasihati semua kontraktor dan orang awam agar sentiasa berwaspada terhadap taktik penipuan (scam) tawaran Sebut Harga dan Tender palsu.
Pihak jabatan mendapati terdapat pihak tidak bertanggungjawab bukan sahaja menggunakan nama jabatan, malah turut menyamar dan memalsukan nama pegawai JPS WP Putrajaya demi memperdaya mangsa melalui panggilan telefon, mesej WhatsApp, atau dokumen palsu.
Pihak Jabatan menegaskan bahawa segala urusan perolehan rasmi tertakluk kepada prosedur kerajaan yang sah dan tidak dibuat melalui rundingan peribadi oleh mana-mana pegawai.
Tindakan Anda: Jangan mudah percaya! Sila buat semakan silang dan sahkan sebarang tawaran terus melalui talian rasmi JPS WP Putrajaya sebelum membuat sebarang urusan atau pembayaran.
12/05/2026
SESI TAKLIMAT PENGENALAN DAN PEMBENTANGAN PRODUK INOVASI HYDRAULIC CHANNEL STABILIZER (NUCLUES) & GEOPROTECT V3 OLEH SYARIKAT AAN TECHNOLOGY SDN. BHD.
Sesi taklimat pengenalan dan pembentangan produk oleh ANN TECHNOLOGY SDN. BHD. telah berlangsung dengan jayanya pada 8 Mei 2026 (Jumaat)
Pertemuan tersebut bertujuan untuk memberi taklimat berhubung ciri-ciri, aplikasi serta manfaat produk ini, di samping meneroka ruang kerjasama strategi.
Turut hadir pada taklimat ini ialah Tuan Muhammad Zulhafiz bin Shafei Pengarah JPS Putrajaya dan semua kakitangan JPS Putrjaya serta pihak ANN TECHNOLOGY SDN. BHD .
28/04/2026
Sesi Kunjungan Hormat Pengarah JPS Putrajaya, Encik Muhammad Zulhafiz bin Shafei kepada Presiden Perbadanan Putrajaya, YBhg. Dato’ Hj. Mohd Sakeri bin Abdul Kadir telah berlangsung dengan jayanya pada 28 April 2026 (Isnin).
Pertemuan tersebut bertujuan untuk memberi penerangan mengenai fungsi serta skop kerja JPS Putrajaya dalam memastikan pengurusan pengairan dan saliran di wilayah ini dilaksanakan dengan efisien.Turut hadir bersama dalam delegasi ini ialah pegawai-pegawai dari Unit Pembangunan JPS Putrajaya.
23/04/2026
[𝟏 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐆𝐈]
Jom ramai-ramai memeriahkan Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026 pada:
📅 𝟐𝟒-𝟐𝟓 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔
📍 𝐏𝐚𝐧𝐭𝐚𝐢 𝐓𝐚𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐫𝐚, 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡, 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚
Lokasi:
https://maps.app.goo.gl/XqNBiratSQfpm9tS8
Banyak aktiviti yang menarik. Mana lagi, Melaka ler!!
22/04/2026
[𝟐 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐆𝐈]
Jom ramai-ramai memeriahkan Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026 pada:
📅 𝟐𝟒-𝟐𝟓 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔
📍 𝐏𝐚𝐧𝐭𝐚𝐢 𝐓𝐚𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐫𝐚, 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡, 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚
Lokasi:
https://maps.app.goo.gl/XqNBiratSQfpm9tS8
Banyak aktiviti yang menarik. Mana lagi, Melaka ler!!
01/12/2025
Informsi Bencana 📢
Dapatkan info bencana terkini berkaitan Monsun Timur Laut melalui portal rasmi agensi dan jabatan berkaitan.