31/05/2026
DIRGAHAYU TUANKU
Menjunjung kasih dan merafak sembah setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Semoga Allah SWT melanjutkan usia dan mengurniai Kebawah Duli Tuanku kesejahteraan, kekuatan serta kebijaksanaan.
31/05/2026
πͺ· πππππππ ππππ πππππ ππππ πͺ·
Warga Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada seluruh penganut agama Buddha di Malaysia yang meraikannya.
Semoga sambutan Hari Wesak tahun ini membawa sinar kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan buat seluruh rakyat Malaysia dalam semangat perpaduan dan saling menghormati antara kaum serta agama.
19/05/2026
πππππππ πππππ πππππ ππππππππ ππππ ππ ππππππππ πππππ π
ππ ππππ
SEPANG, 18 Mei 2026 (Isnin) β YDH. CP Datoβ Sri Mohd Shuhaily bin Mohd Zain, Ketua Pengarah AKPS telah mengadakan lawatan kerja ke Terminal Kargo Zon Perdagangan Bebas (FCZ), KLIA bagi meninjau tahap kesiapsiagaan dan kelancaran pengoperasian kargo, selain memperkukuh kerjasama strategik bersama pihak industri dalam memastikan aspek kawalan keselamatan dan pematuhan peraturan di pintu masuk negara berada pada tahap optimum.
Lawatan dimulakan dengan taklimat pengoperasian oleh Malaysia Airports Sepang Sdn. Bhd. sebelum diteruskan ke Pos Aviation Cargo dan DHL Express Malaysia Kuala Lumpur Gateway bagi melihat pelaksanaan operasi serta tahap pematuhan di lapangan.
Turut hadir ialah YBrs. Puan Zuraini binti Othman, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), YDH. SAC Tuan Mohd Nasaruddin bin M. Nasir, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), serta Encik Shahrunnizam Abd Jamil, Pengurus Besar Malaysia Airports Sepang Sdn. Bhd.
16/05/2026
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan menguatkuasakan keperluan Sijil Analisis (Certificate of Analysis - CoA) bagi lima jenis sayuran import iaitu cili merah, timun, tomato, sawi dan kubis bulat bermula 1 Jun 2026. Langkah ini bertujuan memperkukuh kawalan keselamatan makanan negara serta memastikan produk import yang memasuki pasaran tempatan mematuhi standard keselamatan dan kualiti yang ditetapkan.
Pelaksanaan syarat CoA akan dilaksanakan secara bersepadu melibatkan kerjasama KKM, MAQIS dan AKPS di semua pintu masuk negara. KPKM turut memberi jaminan bahawa penguatkuasaan ini akan dilaksanakan dengan lancar tanpa menjejaskan kestabilan bekalan sayuran negara, selaras dengan komitmen kementerian dalam memastikan keselamatan, sekuriti dan kualiti makanan demi kesejahteraan rakyat Malaysia. Maklumat lanjut berkaitan permohonan CoA akan diumumkan melalui laman rasmi KPKM dalam masa terdekat.