11/05/2026
๐๐ ๐๐๐ฃ๐ฃ ๐ฆ๐๐ฅ๐ง๐๐ ๐ฆ๐๐ ๐๐จ๐ง๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐ฅ ๐ฆ๐๐๐จ๐ก๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐ง ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐๐๐
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Kedah/Perlis/Pulau Pinang (JMGKPP) telah menyertai Sambutan Hari Air Sedunia 2026 Peringkat Negeri Kedah yang berlangsung meriah di Dataran Chenang, Langkawi.
JMGKPP dijemput sebagai salah satu agensi teknikal Persekutuan yang memainkan peranan penting dalam bidang pemetaan geologi dan kepakaran hidrogeologi, khususnya berkaitan pengurusan sumber air bawah tanah.
Melalui reruai pameran, JMGKPP mengetengahkan pelbagai bahan berkaitan hidrogeologi antaranya:
๐ง Model telaga tiub air tanah
๐บ๏ธ Carta alir pewujudan telaga tiub pemantauan
๐ฑ Penerangan berkaitan sumber air bawah tanah dan kepentingannya
๐ Bahan pendidikan dan infografik geosains
Pameran ini mendapat sambutan baik daripada para pengunjung yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai peranan geosains dalam pengurusan sumber air secara mampan.
Program turut diserikan dengan kehadiran Datoโ Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah serta YAB Menteri Besar Kedah, bersama pelbagai agensi kerajaan dan komuniti setempat.
Penyertaan JMGKPP dalam program ini mencerminkan komitmen jabatan dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemeliharaan sumber air dan pengurusan alam sekitar secara lestari.
11/05/2026
๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐จ
Selamat Hari Ibu kepada seluruh wanita hebat, khususnya warga kerja Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia.
Ibu adalah nadi pembangunan insan dan tonggak kecemerlangan keluarga. Segala pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan menjadi inspirasi buat kami untuk terus berbakti demi nusa dan bangsa.
07/05/2026
๐ฒ๐พ๐ฎ๐ณMalaysia, India Strengthen
REE And Biodiversity
Conservation Cooperation
Malaysia, India Strengthen REE And Biodiversity Conservation Cooperation
NRES, India, cooperation, REE, biodiversity, green
07/05/2026
๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ฃ๐ข๐ฅ๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐๐ก ๐ง๐๐๐ก๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐ ๐ข๐๐ข๐ก๐๐ก ๐๐๐ฆ๐๐ก ๐ ๐๐๐๐ญ๐๐ก ๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ง๐จ๐ฃ๐๐ก ๐๐๐ก ๐๐จ๐ก๐๐ ๐๐ฃ๐
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) menyediakan Garis Panduan Penyediaan Laporan Penilaian Teknikal bagi menjelaskan prosedur dan proses kerja penyediaan ulasan Laporan Penilaian Teknikal (LPT) dan Surat Penilaian Teknikal (SPT) berkaitan permohonan lesen magazin bahan letupan dan bunga api.
Garis panduan ini boleh dijadikan rujukan oleh individu, syarikat atau entiti yang berkelayakan dalam urusan permohonan lesen berkenaan.
Muat turun garis panduan melalui pautan berikut:
https://www.jmg.gov.my/informasi
07/05/2026
๐๐๐ฅ๐ ๐ง๐๐ข๐ฅ๐ ๐๐ ๐ฅ๐๐๐๐๐ง๐: ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐ก ๐ฆ๐๐๐ก๐ง๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ฅ ๐จ๐ก๐๐ฉ๐๐ฅ๐ฆ๐๐ง๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ ๐๐ ๐๐จ๐ก๐๐ ๐ ๐๐ก๐๐ฅ๐๐ & ๐ฅ๐๐ ๐๐ ๐
Pada 30 April 2026, Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah menerima lawatan seramai 55 orang pelajar, pensyarah dan kakitangan dari Universiti Malaya. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada kerja lapangan kursus Geologi Ekonomi/Perlombongan, yang mendedahkan pelajar Tahun 2 kepada dunia pemineralan bijih dan perlombongan.
Rombongan telah dibawa meneroka Makmal Mineralogi dan Petrologi serta Makmal Kimiabumi, termasuk fasiliti seperti Bilik Lapidari, Kolam Mendulang, Bilik Mikroskop dan Makmal Kejuruteraan. Para pelajar turut didedahkan kepada proses penting seperti penyediaan keratan nipis, analisis QME, ujian kejuruteraan serta pengurusan sampel batuan.
Di Makmal Kimiabumi, mereka diperkenalkan kepada analisis unsur nadir bumi (REE) menggunakan teknologi ICP-MS, sekali gus memberi gambaran jelas tentang aplikasi sebenar sains bumi dalam persekitaran makmal moden.
07/05/2026
KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI MIDWEST LIMITED KE JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (JMG) ๐คโ๏ธ
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi syarikat Midwest Limited yang berpangkalan di Hyderabad, India. ke Pejabat Ketua Pengarah JMG bagi membincangkan perkara berkaitan pembangunan dan potensi sektor Rare Earth Elements (REE) di Malaysia.
Sesi pertemuan ini menjadi platform perkongsian pandangan serta perbincangan berhubung peluang kerjasama strategik, pembangunan industri mineral bernilai tinggi serta pengukuhan jaringan antara pihak industri dan agensi kerajaan dalam memastikan sektor mineral negara terus berkembang secara mampan dan berdaya saing.
JMG komited memperkukuh pembangunan sektor mineral negara melalui kerjasama pelbagai pihak selaras dengan agenda pembangunan industri mineral dan geosains negara. ๐ฒ๐พ
06/05/2026
Prestasi Harga Mineral Mingguan (1 Mei 2026). Layari www.jmg.gov.my/phmm untuk maklumat lanjut.
06/05/2026
๐ฆ๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐๐จ๐ก๐ (๐จ๐ฅ๐ฆ) ๐๐๐๐ ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐ช๐๐ก๐๐ก ๐๐๐ง๐ ๐๐๐ข๐๐ข๐๐ ๐๐๐๐จ๐ฅ๐จ๐ง๐๐ฅ๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐จ๐ก ๐๐ ๐๐๐ช๐๐ฆ๐๐ก ๐๐ข๐ ๐ฃ๐๐๐๐ฆ ๐๐๐๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ก ๐ง๐๐ก๐๐ ๐๐จ๐ก๐๐๐ฆ๐๐ก๐ ( ๐ญ๐ข๐ก ๐), ๐๐จ๐ก๐๐๐ฆ๐๐ก๐, ๐ฅ๐๐ก๐๐จ.
Sesi URS ini bertujuan untuk mengenal pasti dan mendokumentasikan keperluan teknikal serta fungsional sistem bagi pengurusan maklumat kestabilan cerun di Zon B, Kundasang. Melalui kolaborasi ini, skop data reruang (spatial) dan atribut geologi diselaraskan untuk memastikan pemantauan risiko bencana yang berkesan serta menyokong keputusan perancangan masa hadapan yang tepat.
Sesi URS dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Geosains, P Geol Jenneth@Liliana Cyril mewakili Pengarah JMG Sabah. Turut dihadiri dari agensi luar, seperti Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri & Penyelidikan, Pejabat Daerah Ranau, Majlis Daerah Ranau, JKR Sabah, UMS, wakil daripada kontraktor Info Geotechnic Sdn. Bhd dan beberapa pegawai dan kakitangan JMG Sabah.
06/05/2026
๐๐๐ก๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐ฅ๐จ๐ฆ๐๐ก ๐๐๐ข๐๐๐ก๐๐๐ก๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐ ๐ฃ๐๐ง ๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ฌ๐ ๐ฃ๐๐ง๐๐๐๐ก๐ ๐๐๐ฌ๐ (๐ ๐๐ฃ๐) ๐๐ ๐๐๐ ๐๐ฅ๐ข๐ก ๐๐๐๐๐๐๐ก๐
JMG SWP telah dijemput untuk memberikan ceramah pengurusan geobencana bertempat di Avillion Hotel dan di Puncak Arabella, Cameron Highland oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Ceraman adalah berkisar pengurusan geobencana merangkumi segenap disiplin geologi, bermula awal perancangan pembangunan (OSC) sehingga penilaian tapak bencana (bencana pasca pembangunan), yang disampaikan oleh P.Geol Wan Neqhaikal, En Abdul Rahman Sedek dan pengurus Geotechnica, P. Geol Hairil Azwan Razak. Turut sama adalah Ir. Auni dan En. Farid Zainuddin dari CKC, JKR.
Tahniah kepada pegawai-pegawai MBPJ dari pelbagai jabatan yang telah menyertai bengkel ini dengan penuh semangat.
06/05/2026
๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก ๐ฆ๐ง๐ฅ๐๐ง๐๐๐๐: ๐๐ ๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ ๐ซ ๐๐ข๐ฆ๐ ๐๐ ๐ง๐๐ฃ๐๐ ๐ฅ๐๐
GERIK, 28 April 2026 โ JMG Perak telah menyelaraskan lawatan kerja delegasi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ke tapak perlombongan Unsur Nadir Bumi (REE) milik MCRE Resources Sdn. Bhd. di Kenering.
Hadir sama dalam lawatan ini ialah YBrs. Puan Siti Asiah binti Ahmad, Timbalan Ketua Perangkawan (Ekonomi) dan Encik Mohd Ridauddin bin Masud, Pengarah DOSM Perak. Delegasi JMG Perak p**a diketuai oleh Puan Zaiton binti Abdullah (Penolong Pengarah Kanan Unit Lombong dan Kuari).
Lawatan ini bertujuan untuk:
โ
Tinjauan Operasi: Memahami teknologi In-Situ Leaching (ISL) yang mesra alam & profil tenaga kerja industri REE.
โ
Banci Ekonomi 2026: Memastikan penyelarasan data statistik mineral yang tepat dan berkualiti.
โ
Sinergi Agensi: Memperkukuh kerjasama antara JMG, DOSM, dan pemain industri demi pembangunan ekonomi negara.
Projek perintis ini membuktikan komitmen JMG Perak dalam menyokong perlombongan lestari dan pemerkasaan data mineral negara.
Terima kasih MCRE Resources atas taklimat yang sangat informatif! ๐ค๐ข
06/05/2026
๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐๐๐๐-๐ข๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐จ๐ก๐๐๐ก๐ ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ก ๐ฃ๐ข๐ง๐๐ก๐ฆ๐ ๐ ๐๐ก๐๐ฅ๐๐ ๐ฆ๐ง๐ฅ๐๐ง๐๐๐๐ (๐ ๐ฆ๐ง) ๐๐ ๐๐ฅ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐ฅ๐จ๐ฆ๐๐ก ๐ฆ๐จ๐ ๐๐๐ฅ ๐ฌ๐๐ก๐ ๐ ๐๐ ๐ฃ๐๐ก
PUTRAJAYA, 29 April 2026 โ Majlis Kick-Off bagi Tender Perunding untuk Perkhidmatan Pemetaan, Persampelan dan Pemprosesan Data bagi Kajian Potensi Mineral Strategik telah diadakan di Hotel Zenith, Putrajaya sebagai permulaan pelaksanaan kerja perunding bagi komponen mineral berlogam dan mineral perindustrian di Negeri Johor, Kedah, Perak dan Sabah.
Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk P.Geol. Zamri bin Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), dengan kehadiran wakil pihak perunding, En. Mohd Fadlee Baba daripada Strata Bina Sdn. Bhd., sebagai rakan pelaksana utama perkhidmatan ini.
Sesi taklimat merangkumi pembentangan perancangan pelaksanaan, skop kerja, jadual pelaksanaan serta peranan pihak terlibat. Ketua Projek MST, En. Mahat bin Hj Sibon, telah memperincikan hala tuju pelaksanaan projek serta perkara-perkara utama yang perlu diberi perhatian sepanjang tempoh pelaksanaan. Sementara itu, pihak perunding turut membentangkan perancangan pelaksanaan kerja secara menyeluruh, serta memperkenalkan keseluruhan pasukan yang terlibat dalam pelaksanaan kerja perunding.
Majlis ini turut menghimpunkan pegawai-pegawai kanan JMG, pegawai projek serta ahli pasukan projek bagi memastikan penyelarasan yang menyeluruh antara semua pihak, seterusnya memperkukuh pelaksanaan kerja perunding secara sistematik, efisien dan berimpak tinggi ke arah pembangunan sumber mineral yang mampan.