13/06/2026
📢 Belum mendaftar STR Fasa 3? Jangan risau, masih sempat!
📌 Permohonan dan kemas kini STR Fasa 3 ditutup pada 15 Jun 2026 (Isnin).
📌 STR Fasa 3 dijangka disalurkan pada Ogos 2026.
🔗 Layari bantuantunai.hasil.gov.my untuk maklumat lanjut.
11/06/2026
Ketika dunia berdepan ketidaktentuan akibat konflik Asia Barat dan gangguan rantaian bekalan global, Kerajaan MADANI terus mengambil langkah proaktif untuk melindungi rakyat dan memastikan kestabilan negara terus terpelihara.
Antara keutamaan yang terus diberi tumpuan:
🛒 Melindungi kos sara hidup rakyat
⛽ Meneruskan bantuan dan subsidi bersasar
📈 Menyokong PMKS serta pertumbuhan ekonomi negara
Walaupun tekanan global masih berterusan, pelbagai langkah sedang diperkukuh bagi memastikan bekalan kekal stabil, perniagaan terus beroperasi dan rakyat terus dibantu.
Ikuti perkembangan semasa di platform rasmi Krisis Bekalan Global: pantaukrisis.gov.my
10/06/2026
📢 Pelarasan Harga Runcit Petroleum
11 Jun 2026 - 17 Jun 2026
Harga runcit Diesel di Semenanjung Malaysia serta harga runcit petrol RON95 tanpa subsidi dan RON97 bagi minggu ini dikekalkan berikutan pergerakan purata harga pasaran antarabangsa minggu terdahulu.
Walaupun pasaran petroleum global telah menunjukkan trend lebih stabil sejak beberapa minggu kebelakangan ini, pasaran petroleum antarabangsa masih dipengaruhi ketidaktentuan bekalan fizikal, tahap inventori global dan permintaan bermusim di beberapa rantau utama dunia.
Penetapan harga runcit petrol dan diesel bagi tempoh 11 Jun 2026 hingga 17 Jun 2026 adalah :
⛽ RON97 ➡️ kekal pada RM4.35 seliter
⛽ RON95 tanpa subsidi ➡️ kekal pada RM3.72 seliter
⛽ RON95 bersubsidi (BUDI95) ➡️ RM1.99 seliter
⛽ Petrol bersubsidi (SKPS) ➡️ kekal pada RM2.05 seliter
🚛 Diesel Semenanjung Malaysia ➡️ kekal pada RM4.67 seliter
🚛 Diesel Bersubsidi (SKDS) ➡️ kekal pada RM2.15 seliter
🚛 Diesel Sabah, Sarawak & Labuan ➡️ kekal pada RM2.15 seliter
Kerajaan MADANI akan terus mengambil pendekatan seimbang untuk memastikan rakyat terus dilindungi sambil mengekalkan pengurusan kewangan negara yang bertanggungjawab serta menjamin keterjaminan bekalan bahan api negara.
10/06/2026
SIARAN MEDIA KEMENTERIAN KEWANGAN
Fahmi Fadzil
Kementerian Komunikasi
Jabatan Penerangan Malaysia
10/06/2026
Hari Ini Dalam Sejarah - Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 [Akta 710] Diwartakan pada 10 Jun 2010
09/06/2026
Pagi tadi, YB Tuan Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan telah mempengerusikan sesi perbincangan bersama wakil industri serta agensi-agensi Kerajaan bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam membanteras aktiviti perniagaan yang menjejaskan ekosistem perniagaan tempatan dan kepentingan negara.
Perbincangan ini dilaksanakan susulan arahan YAB Perdana Menteri supaya tindakan yang lebih bersepadu dan tegas diambil terhadap pelbagai bentuk ketidakpatuhan yang semakin membimbangkan, termasuk perniagaan yang beroperasi melalui premis fizikal tetapi gagal mematuhi undang-undang dan piawaian yang berkuat kuasa, penyalahgunaan visa pelancong oleh warga asing untuk menjalankan aktiviti perniagaan atau menawarkan perkhidmatan secara tidak sah, serta kemasukan lambakan barangan melalui platform e-dagang yang tidak mematuhi piawaian keselamatan dan keperluan kawal selia negara.
Dalam hubungan ini, penekanan diberikan kepada keperluan memperkukuh penguatkuasaan dan memastikan pematuhan terhadap undang-undang serta peraturan sedia ada bagi memelihara persekitaran perniagaan yang adil, selamat dan berdaya saing.
Kerajaan komited untuk terus mempertingkat koordinasi antara kementerian, agensi penguat kuasa dan pihak industri bagi memastikan aktiviti ekonomi dapat berkembang secara mampan, sekali gus melindungi kepentingan pengguna, peniaga tempatan dan hasil negara.
09/06/2026
Bantuan tunai BUDI Diesel disalurkan mulai hari ini! 🎉
Jumlah bantuan merangkumi:
✅ RM200 bantuan sedia ada
✅ RM200 bantuan tambahan interim
Semoga bantuan ini dapat meringankan beban penerima susulan kenaikan harga bahan api akibat ketidaktentuan pasaran global.