27/05/2026
๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐ ๐ฅ๐๐ฌ๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ญ๐ฐ๐ฐ๐ณ๐ ๐
Semoga sambutan Aidiladha ini membawa limpahan keberkatan, kebahagiaan, serta mengeratkan lagi semangat pengorbanan dan kebersamaan sesama kita.
Doa dan harapan kami agar segala amal ibadah serta pengorbanan yang dilaksanakan tahun ini mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT. ๐คฒ๐ผ
Selamat meraikan hari yang mulia ini dengan penuh kesederhanaan dan kesyukuran bersama insan-insan tersayang.
15/05/2026
๐๐๐ก๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐ง๐๐๐๐๐ฅ ๐ฆ๐๐ฆ๐ง๐๐ ๐บ๐๐๐ฃ๐ ๐ญ๐ข๐ก ๐ฆ๐๐๐๐ง๐๐ก ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
MELAKA, 14-15 Mei โ Bengkel Pentadbir Sistem myCPD peringkat Zon Selatan yang berlangsung selama dua hari telah melabuhkan tirai dengan jayanya pada hari ini.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Sabrizan bin Osman, Timbalan Pengarah Cawangan Perkembangan Profesion Perubatan, Bahagian Perkembangan Perubatan, dan disertai oleh 54 orang pentadbir sistem myCPD pelbagai gred dari 3 buah negeri Zon Selatan iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta telah diberikan pendedahan terperinci mengenai peranan teknikal mereka. Selain itu, program ini turut menjadi platform perkongsian maklum balas dan pengalaman dalam mengendalikan sistem myCPD yang kini mempunyai 308,892 orang pengguna secara keseluruhan.
Diharap agar penganjuran bengkel ini dapat memperkasakan kefahaman para peserta terhadap skop tugasan masing-masing, sekali gus meningkatkan kecekapan dalam pengoperasian sistem secara lebih efektif. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen padu dalam menjayakan program ini.
ยฉ ๐จ๐ป๐ถ๐ ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ถ๐ฑ๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ณ๐ฒ๐๐ถ๐ผ๐ป๐ฎ๐น ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ฒ๐ฟ๐๐๐ฎ๐ป,
๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ณ๐ฒ๐๐ถ๐ผ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ฏ๐ฎ๐๐ฎ๐ป
14/05/2026
๐จ Hari ini! Jangan lepaskan sesi webinar Thalassaemia bersama pakar! ๐จ
Bersempena Bulan Kesihatan dan Kesedaran Thalassaemia, Bahagian Perkembangan Perubatan (BPP) dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (BPKK) menganjurkan:
๐ ๐ช๐๐๐๐ก๐๐ฅ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ฅ๐: ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ง๐๐ก & ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ฅ๐๐ก ๐ง๐๐๐๐๐ฆ๐ฆ๐๐๐ ๐๐ ๐
๐
14 Mei 2026 (Khamis)
๐ Platform: Zoom
๐งฌ ๐ฆ๐๐ฅ๐ ๐ฎ
๐ง๐ต๐ฒ ๐ฅ๐ผ๐น๐ฒ ๐ผ๐ณ ๐๐ฒ๐ป๐ฒ๐๐ถ๐ฐ ๐ง๐ฒ๐๐๐ถ๐ป๐ด ๐ถ๐ป ๐ง๐ต๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ฎ๐ฒ๐บ๐ถ๐ฎ: ๐๐ฒ๐๐ฒ๐ฐ๐๐ถ๐ผ๐ป & ๐๐ถ๐ฎ๐ด๐ป๐ผ๐๐ถ๐ โ ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ด๐ฟ๐ฒ๐๐, ๐๐ฎ๐ฝ๐ & ๐ง๐ต๐ฒ ๐ช๐ฎ๐ ๐๐ผ๐ฟ๐๐ฎ๐ฟ๐ฑ
๐ 10.00 โ 11.00 pagi
๐ https://zoom.us/j/98969080350?pwd=Jij6LQf3X8Lwm2HlJ6Z37fkDhiECdz.1
๐ฉบ ๐ฆ๐๐ฅ๐ ๐ฏ
๐ง๐ต๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ฎ๐ฒ๐บ๐ถ๐ฎ ๐ถ๐ป ๐๐ต๐ถ๐น๐ฑ๐ฟ๐ฒ๐ป: ๐ช๐ต๐ฎ๐ ๐ช๐ฒ ๐ ๐ถ๐๐, ๐ช๐ต๐ ๐๐ ๐ ๐ฎ๐๐๐ฒ๐ฟ๐
๐ 3.00 โ 4.00 petang
๐ https://zoom.us/j/94734294583?pwd=sMUMMZEmijO522c01VmjzhQa4Tyuw3.1
๐ข Jom sertai dan kongsikan kepada keluarga serta rakan-rakan!
13/05/2026
9 Mei 2026 โ ๐จ๐๐๐ฃ๐ง๐๐ ๐ ๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐ฃ๐๐๐จ๐ก๐๐จ๐ฅ๐๐ก ๐ง๐ฅ๐๐๐ก๐๐ก๐ ๐ ๐๐ก๐จ๐๐ ๐๐ข๐ฅ ๐ข๐๐ฆ๐ง๐๐ง๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐ฉ๐๐ก๐ ๐ฆ๐๐๐๐๐ฆ (๐ข๐๐ฆ๐ฆ)
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Mahathar Abd Wahab telah menyempurnakan Majlis Peluncuran Training Manual for Obstetric Life Saving Skills (OLSS) terbitan Bahagian Perkembangan Perubatan. Beliau diiringi oleh Dr Nor Hayati Ibrahim, Pengarah Perkembangan Perubatan, Dr Rafaie Amin, Ketua Kepakaran O&G serta Dr Mohd Suhaidin Che Ngah selaku Pengerusi Editorial penghasilan manual tersebut.
YBhg. Datuk turut menyampaikan ucaptama bertajuk โFrom Policy to Practice: Eliminating Preventable Maternal Deaths through Nationwide Obstetric Life-Saving Skills (OLSS)โ.
Untuk makluman, Program Latihan OLSS dilaksanakan di hospital-hospital berpakar terpilih di seluruh negara dengan penekanan kepada latihan hands-on dalam pengendalian kes-kes kecemasan obstetrik. Program ini bermatlamat untuk memperkukuh kompetensi anggota kesihatan serta mengurangkan kematian ibu di Malaysia. Pelaksanaannya turut melibatkan penyertaan anggota pelbagai peringkat merangkumi fasiliti hospital dan perkhidmatan kesihatan primer.
Dalam ucaptamanya, YBhg. Datuk Dr Mahathar menegaskan komitmen berterusan seluruh warga kesihatan dalam usaha mengurangkan kematian ibu di negara ini. Beliau turut menekankan bahawa menyelamatkan nyawa seorang ibu bukan sekadar menyelamatkan seorang individu, tetapi juga memelihara kesejahteraan dan kelangsungan sebuah institusi kekeluargaan.
UNIT PERKHIDMATAN O&G DAN PEDIATRIK
CAW. PERKEMBANGAN PERKHIDMATAN PERUBATAN
BAHAGIAN PERKEMBANGAN PERUBATAN
12/05/2026
๐๐ช๐๐๐๐ก๐๐ฅ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ฅ๐: ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ง๐๐ก & ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ฅ๐๐ก ๐ง๐๐๐๐๐ฆ๐ฆ๐๐๐ ๐๐ ๐
Bersempena dengan Bulan Kesihatan dan Kesedaran Thalassaemia, Bahagian Perkembangan Perubatan (BPP) dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (BPKK) akan menganjurkan sesi webinar.
โจ Kenapa anda perlu sertai?
โ๏ธ Fahami kepentingan saringan awal
โ๏ธ Kupas isu Thalassaemia dalam kalangan kanak-kanak
โ๏ธ Dapatkan perkongsian terus daripada pakar
๐ฆ๐๐ฅ๐ ๐ฏ
๐ง๐ต๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ฎ๐ฒ๐บ๐ถ๐ฎ ๐ถ๐ป ๐๐ต๐ถ๐น๐ฑ๐ฟ๐ฒ๐ป: ๐ช๐ต๐ฎ๐ ๐ช๐ฒ ๐ ๐ถ๐๐, ๐ช๐ต๐ ๐๐ ๐ ๐ฎ๐๐๐ฒ๐ฟ๐
๐
14 Mei 2026 (Khamis)
๐ 3.00 โ 4.00 petang
๐https://zoom.us/j/94734294583?pwd=sMUMMZEmijO522c01VmjzhQa4Tyuw3.1
๐๏ธ Panel:
Dr Liana Yusof
Pakar Pediatrik Hemato-onkologi
Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur
๐ค Moderator:
Dr Mohamad Afiq Farhan Ahmad Safian
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Unit Perkhidmatan O&G dan Pediatrik
Cawangan Perkembangan Perkhidmatan Perubatan
Bahagian Perkembangan Perubatan
12/05/2026
๐๐ช๐๐๐๐ก๐๐ฅ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ฅ๐: ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ง๐๐ก & ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ฅ๐๐ก ๐ง๐๐๐๐๐ฆ๐ฆ๐๐๐ ๐๐ ๐
Bersempena dengan Bulan Kesihatan dan Kesedaran Thalassaemia, Bahagian Perkembangan Perubatan (BPP) dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (BPKK) akan menganjurkan sesi webinar.
โจ Kenapa anda perlu sertai?
โ๏ธ Fahami kepentingan saringan awal
โ๏ธ Ketahui peranan ujian genetik dalam pengesanan dan diagnosis
โ๏ธ Kupas isu Thalassaemia dalam kalangan kanak-kanak
โ๏ธ Dapatkan perkongsian terus daripada pakar
๐งฌ ๐ฆ๐๐ฅ๐ ๐ฎ
๐ง๐ต๐ฒ ๐ฅ๐ผ๐น๐ฒ ๐ผ๐ณ ๐๐ฒ๐ป๐ฒ๐๐ถ๐ฐ ๐ง๐ฒ๐๐๐ถ๐ป๐ด ๐ถ๐ป ๐ง๐ต๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ฎ๐ฒ๐บ๐ถ๐ฎ: ๐๐ฒ๐๐ฒ๐ฐ๐๐ถ๐ผ๐ป & ๐๐ถ๐ฎ๐ด๐ป๐ผ๐๐ถ๐ โ ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ด๐ฟ๐ฒ๐๐, ๐๐ฎ๐ฝ๐ & ๐ง๐ต๐ฒ ๐ช๐ฎ๐ ๐๐ผ๐ฟ๐๐ฎ๐ฟ๐ฑ
๐
14 Mei 2026 (Khamis)
๐ 10.00 โ 11.00 pagi
๐ https://zoom.us/j/98969080350?pwd=Jij6LQf3X8Lwm2HlJ6Z37fkDhiECdz.1
๐๏ธ Panel:
Dr Munirah Abdul Razak
Pakar Perunding Patologi (Hematologi)
Hospital Kuala Lumpur
Dr Hafizah Hashim
Pakar Perunding Patologi (Hematologi)
Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar
Dr Norafiza Mohd Yasin
Pakar Patologi (Hematologi)
Institut Penyelidikan Perubatan
๐ค Moderator:
Dr Ida Marhainis Isahak
Pakar Perunding Patologi (Hematologi)
Hospital Pulau Pinang
09/05/2026
๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐ ๐๐ก๐๐ก๐๐๐ง๐๐ก๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐ ๐ข๐ฅ๐๐ก๐๐จ๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐ฆ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ก (๐ ๐ผ๐จ) ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ ๐๐ข๐ฆ๐ฃ๐๐ง๐๐ ๐๐-๐ฆ๐จ๐๐ง๐๐ก ๐๐๐๐จ๐๐๐๐ ๐จ๐ถ๐ง๐ (๐๐๐ฆ๐) ๐๐๐ก ๐๐๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐๐๐ก ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ง๐๐ก ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ (๐๐๐ )- ๐ฃ๐๐ก๐๐๐จ๐ก๐๐๐ก ๐ ๐๐๐ ๐ซ ๐๐ ๐๐๐ฆ๐
PUNCAK ALAM, 8 Mei 2026 โ Sistem Diagnosis Related Group (DRG) KKM yang turut dikenali sebagai MyCMX telah melakar sejarah apabila telah berintegrasi dengan fasiliti selain KKM. Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA), UiTM menjadi Hospital Pengajar Universiti pertama di Malaysia yang menggunakan sistem MyCMX ini. Ini selaras dengan halatuju transformasi pembiayaan kesihatan negara ke arah pelaksanaan DRG Kebangsaan dan memperkukuh ekosistem integrasi data sektor kesihatan.
KKM diwakili oleh Datuk Dr. Mahathar Abd Wahab, Ketua Pengarah Kesihatan, disaksikan Dr. Nor Hayati Ibrahim, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, manakala UiTM diwakili Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib, Naib Canselor disaksikan Profesor Dr. Ahmad Izuanuddin Ismail, Timbalan Pengarah Klinikal (Perubatan) Menjalankan Tugas Pengarah Hospital Al-Sultan Abdullah. Turut hadir adalah warga KKM dan UiTM seramai lebih 200 orang di Auditorium 1, HASA UiTM sebagai saksi detik bersejarah ini.
Sebelum itu, pelbagai persediaan dari segi tadbirurus dan teknikal integrasi serta pembangunan kapasiti sumber seperti latihan berkaitan casemix dan penggunaan Sistem MyCMX telah dijalankan. Kerjasama ini membuktikan Sistem MyCMX yang dibangunkan oleh kementerian bersedia untuk menyokong pelaksanaan DRG Kebangsaan.