DI N9 ORANG PANGGIL
ANTHONY LOKE
TOK UNDANG KE-5? BIAR BETUL! 🤬
PAS PUTRAJAYA
Est. 2004
14/06/2026
13/06/2026
ALHAMDULILLAH
13/06/2026
Selaut pendukung perjuangan di Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Kedah, semalam. Biar gambar berbicara. Semoga PAS terus mentadbir Kedah Darul Aman.
12/06/2026
Alhamdulillah, sebentar tadi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan yang dikemukakan oleh Indira Gandhi bersama 13 individu lain untuk mencabar beberapa peruntukan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam di Perlis, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Johor dan Wilayah Persekutuan.
Sebelum ini, mereka memohon supaya peruntukan yang membenarkan seorang mualaf mengislamkan anaknya secara sebelah pihak dibatalkan.
Namun, mahkamah memutuskan untuk mengekalkan Enakmen tersebut dan terus kekal berkuat kuasa seperti yang diamalkan sebelum ini.
PRESIDEN PAS
HADIR MERASMIKAN KONVENSYEN RESET ESOK DI KELANTAN
12/06/2026
KENYATAAN MEDIA
AHLI PARLIMEN KUALA TERENGGANU
ISU PELARIAN ROHINGYA: KERAJAAN WAJIB BERTINDAK TEGAS, KESELAMATAN RAKYAT DAN KEDAULATAN NEGARA TIDAK BOLEH DIKOMPROMI
Saya memandang serius keresahan yang semakin memuncak dalam kalangan rakyat Malaysia berhubung isu melibatkan sebahagian komuniti pelarian Rohingya di negara ini. Keresahan ini jelas dizahirkan melalui media sosial serta petisyen awam yang mengumpulkan lebih 420,000 tandatangan sekali gus membuktikan bahawa isu ini tidak boleh lagi dipandang ringan oleh kerajaan.
Malaysia sejak sekian lama mengamalkan sikap terbuka dan berperikemanusiaan dengan menerima kehadiran pelarian Rohingya atas dasar perlindungan sementara, walaupun negara ini bukan penandatangan Konvensyen Pelarian 1951 mahupun Protokol 1967. Namun, prinsip kemanusiaan tidak boleh sampai menjejaskan keselamatan rakyat, ketenteraman awam dan kedaulatan negara.
Hari ini, rakyat semakin terkesan dengan pelbagai isu yang dikaitkan dengan komuniti Rohingya termasuk kesalahan jenayah, pemanduan tanpa lesen, penyalahgunaan dokumen UNHCR, penempatan tidak sah, masalah kebersihan serta aktiviti mengemis yang mengganggu ketenteraman awam. Lebih membimbangkan, terdapat pihak yang dilihat semakin berani membuat tuntutan melangkaui status mereka sebagai pelarian sementara dan seolah-olah menganggap Malaysia sebagai penempatan kekal. Pada masa yang sama, rakyat juga mempersoalkan beban terhadap kemudahan awam termasuk tunggakan bil rawatan warga asing yang akhirnya memberi tekanan kepada sistem kesihatan negara.
Kebimbangan ini bukan muncul secara tiba-tiba tetapi hasil rungutan yang telah berlarutan sekian lama tanpa penyelesaian berkesan. Baru-baru ini, insiden tragis yang mengorbankan Allahyarham Saifullah Isyraf bin Shamsudin akibat kemalangan jalan raya yang melibatkan pemandu warga Rohingya tanpa lesen turut menambah keresahan masyarakat dan menjadi peringatan bahawa kelemahan penguatkuasaan boleh memberi kesan langsung kepada keselamatan rakyat.
Justeru, saya menggesa Kerajaan Persekutuan mengambil tindakan segera dan menyeluruh dengan mempercepatkan rundingan bersama UNHCR bagi penempatan semula pelarian ke negara ketiga, memperketatkan penguatkuasaan undang-undang tanpa kompromi, membanteras aktiviti tidak sah melalui operasi bersepadu, mengkaji semula dasar sedia ada agar Malaysia tidak menjadi destinasi penempatan jangka panjang pelarian serta memperkukuh kawalan di sempadan dan pesisir pantai bagi mengekang sindiket penyeludupan manusia.
Apabila lebih 420,000 rakyat tampil menyatakan pendirian mereka, ini adalah isyarat jelas bahawa rakyat mahukan tindakan, bukan alasan. Saya ingin menegaskan bahawa rakyat Malaysia tidak menolak nilai kemanusiaan, namun kemanusiaan tidak boleh mengatasi kedaulatan undang-undang. Keselamatan rakyat, ketenteraman awam dan kedaulatan negara mesti kekal sebagai keutamaan tertinggi. Saya akan membawa isu ini ke Parlimen bagi menuntut penjelasan serta pelan tindakan yang jelas dan berkesan daripada kerajaan demi memastikan kepentingan rakyat dan negara terus terpelihara.
YB DATUK HAJI AHMAD AMZAD BIN MOHAMED @ HASHIM
Ahli Parlimen Kuala Terengganu
11 Jun 2026
11/06/2026
Kenyataan Media
Pengerusi Perikatan Nasional
PN Akan Terus Diurus Secara Tertib, Berprinsip dan Berlandaskan Perlembagaan
Saya menegaskan bahawa Perikatan Nasional (PN) bukan milik mana-mana parti secara mutlak. PN adalah gabungan politik berperlembagaan yang ditubuhkan atas dasar muafakat parti-parti pengasas.
PAS juga adalah antara parti pengasas PN dan saya sendiri merupakan salah seorang penandatangan rasmi penubuhan PN.
Justeru, sebarang tafsiran mengenai status, kedudukan dan hala tuju PN tidak boleh dibuat secara sepihak. Ia hendaklah dirujuk kepada perlembagaan PN dan diputuskan melalui saluran rasmi gabungan.
Keutamaan saya ialah memastikan PN terus diurus secara tertib, berprinsip dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat dan negara.
YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
Pengerusi
Perikatan Nasional
11 Jun 2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
Jalan Diplomatik
Putrajaya
62050
