15/06/2026
"Selamat maju jaya saya ucapkan kepada rakan - rakan atas fasa baharu dalam kerjaya anda. Terima kasih atas segala sumbangan, komitmen, dan kerjasama yang luar biasa sepanjang kita bekerja bersama di JKKP Selangor. Kehilangan anda pasti akan amat dirasai oleh pasukan. Semoga anda terus cemerlang, sukses, dan mencapai kejayaan yang lebih besar di tempat baharu!"
Ikhlas dari
Pengarah & warga kerja
JKKP Selangor
15/06/2026
🚀 Sertai kami dalam mengalu-alukan kehadiran ahli pasukan baharu!
Kami di JKKP Selangor amat berbesar hati untuk memperkenalkan pegawai yang telah menyertai kami.
Dengan latar belakang yang mantap, kami yakin kehadiran mereka akan membawa perspektif segar dan memacu JKKP Selangor ke arah pencapaian yang lebih gemilang.
Selamat datang ke keluarga besar JKKP Selangor, Kami tidak sabar untuk melihat anda berkembang dan mencipta kejayaan bersama-sama di sini. 🌟
Ikhlas dari
Pengarah & warga kerja
JKKP Selangor
04/06/2026
-[MAJLIS PELUNCURAN SISTEM BERSEPADU PENGURUSAN BAHAN KIMIA INDUSTRI (IICMS)]-
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) bakal meluncurkan Industrial Integrated Chemical Management System (IICMS)! Sistem yang dibangunkan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) ini bertujuan untuk memperkukuh pengurusan bahan kimia industri di Malaysia secara menyeluruh, khususnya bagi menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja. Majlis eksklusif ini akan disempurnakan oleh YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Sumber Manusia.
Butiran majlis adalah seperti berikut:
Tarikh: 25 Jun 2026 (Khamis)
Masa: 8:00 Pagi – 5:00 Petang (Sesi Pendaftaran & Taklimat bermula jam 8.30 pagi)
Tempat: Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Kajang, Selangor
Sesi pembentangan khas mengenai pengenalan IICMS, Modul Pengemukaan Inventori, serta Modul Daftar Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan juga akan diadakan sepanjang program berlangsung. Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran segera!
04/06/2026
📌 Hebahan Aktiviti JKKP Selangor
BENGKEL SOLVE 4 SME (SIRI KE-4): PEMANTAPAN PENGURUSAN KKP SEKTOR PKS
PUCHONG, 3 JUN 2026 – Seksyen Industri Kecil & Sederhana, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor telah berjaya menganjurkan Bengkel SOLVE 4 SME Siri Ke-4.
Bengkel yang dijalankan secara bersemuka ini telah berlangsung di Kinrara Espira Hotel, Puchong, dengan kehadiran seramai 30 orang peserta yang mewakili pelbagai industri PKS dari seluruh negeri Selangor.
🎯 Objektif Utama Bengkel
Fokus utama program kali ini adalah untuk memberi pendedahan dan penekanan mendalam mengenai Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SPKKP). Melalui bengkel ini, para peserta dibimbing untuk:
◇Memahami elemen penting dalam membina sistem pengurusan KKP yang efektif.
◇Melaksanakan amalan KKP yang lebih sistematik, berstruktur, dan menyeluruh di premis perniagaan masing-masing.
◇Meningkatkan tahap pematuhan perundangan demi menjamin keselamatan dan kebajikan pekerja.
Nota: Komitmen berterusan daripada sektor PKS dalam melaksanakan SPKKP amat penting bagi mewujudkan budaya kerja yang selamat dan sihat, sekaligus memacu produktiviti industri negara.
02/06/2026
Setinggi-tinggi Tahniah
diucapkan kepada YBrs. Encik Bahrudin bin Mamat, Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan Pekerjaan), JKKP Malaysia
atas penganugerahan pingat
JOHAN MANGKU NEGARA (J.M.N)
sempena
Hari Keputeraan Rasmi Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
pada
1 Jun 2026
Ikhlas daripada:
Pengurusan Tertinggi
dan Seluruh Warga JKKP Malaysia
01/06/2026
-[MAJLIS APRESIASI ERAT EAIC 2026]-
YBrs. Ir. Ts. Hajah Hazlina binti Yon, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia telah menghadiri Majlis Apresiasi ERAT anjuran Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang berlangsung di Dewan Damar Sari, Kompleks F8, Putrajaya pada 25 Mei 2026.
Majlis yang penuh bermakna ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi EAIC, YBhg. Tan Sri Dr. Ismail bin Haji Bakar dan seterusnya dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar.
Bertemakan ERAT (Encouraging, Responsibility, Accountability & Trustworthiness), majlis ini merupakan pengiktirafan kepada ketua-ketua jabatan agensi penguatkuasaan seliaan EAIC serta pengamal media atas komitmen dan kerjasama strategik dalam memperkukuh budaya integriti, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik.
Seiring dengan aspirasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan, nilai-nilai integriti, tanggungjawab dan kepercayaan yang diketengahkan melalui tema ERAT turut menjadi asas penting dalam membentuk persekitaran kerja yang selamat, sihat dan kondusif.
01/06/2026
𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔
Menjunjung kasih dan merafak sembah setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Semoga Allah SWT melanjutkan usia dan mengurniai Kebawah Duli Tuanku kesejahteraan, kekuatan serta kebijaksanaan.
Sembah takzim daripada
Pengarah & Warga Kerja
JKKP Selangor
30/05/2026
Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua penganut Buddha. Semoga nilai-nilai kasih sayang, kesederhanaan, dan kedamaian yang dihayati pada hari istimewa ini dapat memperkukuh keharmonian dalam masyarakat kita.
Ikhlas dari
Pengarah & Warga Kerja
JKKP Selangor
26/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha! 🌙✨
Semoga ibadah korban diterima, hati dipenuhi keikhlasan, dan kehidupan sentiasa diberkati dengan rahmat serta kebahagiaan bersama keluarga tercinta.
“Salam Aidiladha, maaf zahir dan batin. Semoga pengorbanan mengajar kita erti syukur, sabar dan kasih sayang.” 🤍
Ikhlas dari
Pengarah & warga kerja
JKKP Selangor.