10/06/2026
📚✨ Karya Kreatif – Edisi April
Inilah karya sajak dan cerpen pilihan bulan Mac daripada ruangan khas, kerjasama Berita Harian/Berita Minggu dan MLLPC.
Ingin membaca karya penuh? Lungsuri lelaman web MLLPC sekarang melalui pautan di bio!
Berminat untuk melihat karya anda diterbitkan dalam Berita Minggu?
Ayuh hantarkan karya anda! 🖊️
05/06/2026
Di sebalik setiap pelajar yang berjaya, ada seorang guru yang tidak pernah jemu membimbing.
Pada tahun ini, Anugerah Guru Arif Budiman (AGAB) menerima 422 pencalonan — rekod tertinggi dalam sejarah anugerah tersebut. Angka ini bukan sekadar satu rekod, malah, ia mencerminkan penghargaan masyarakat terhadap peranan guru Bahasa Melayu yang terus menyumbang kepada perkembangan pendidikan anak murid kita.
Tahniah kepada semua guru yang dicalonkan dan para finalis AGAB 2026. Terima kasih atas jasa dan dedikasi anda yang tidak ternilai dalam memartabatkan bahasa dan budaya Melayu.
.sg
03/06/2026
🌿✨ MLLPC Meraikan 20 Tahun Bersama-sama✨🌿
Menyemai Bahasa, Menuai Generasi
MLLPC dengan sukacitanya menjemput anda untuk bersama-sama meraikan ulang tahun ke-20 pada 19 September 2026 dari jam 10 pagi hingga 4 petang di Taman Warisan Melayu. 🎉
Mari raikan bersama-sama MLLPC di pesta rakyat yang penuh warna-warni bagi meraikan dan memertabatkan bahasa, budaya dan warisan Melayu! ❤️
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda:
🌟 Gerai pembelajaran interaktif
🏛️ Lawatan ke Galeri Taman Warisan Melayu
⏱️ Pertandingan Cabaran 20 Saat – berjaya atau tidak anda mencari ikon MLLPC dalam masa 20 saat? 👀
🎭 Aktiviti budaya dan permainan yang menyeronokkan untuk semua!
📲 Daftar sekarang dengan mengimbas kod QR pada poster!
Mari bersama-sama menyemai cinta terhadap bahasa ibunda dan menuai generasi yang berilmu, kreatif dan berbudaya. ❤️
26/05/2026
Aidiladha bukan sekadar sebuah perayaan, tetapi juga mengingatkan kita tentang nilai pengorbanan, kesabaran dan ketulusan yang turut terpancar dalam bahasa dan budaya Melayu. ✨
Semoga kita sentiasa menghargai setiap usaha kecil yang dilakukan dengan penuh istiqamah dan keikhlasan.
Selamat Hari Raya Aidiladha daripada kami di MLLPC. 🌙
25/05/2026
✨ Tahniah kepada sekolah-sekolah yang berjaya mara ke Peringkat Separuh Akhir Kuiz Cepat Tepat 2.0!
Daripada 44 buah sekolah yang bersaing dalam pusingan kelayakan, 8 buah sekolah telah berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya. 👏
Ayuh, kita semarakkan peringkat separuh akhir!
Nantikan informasi lanjut melalui e-mel.
.0
�
20/05/2026
Rendang merupakan warisan masyarakat Nusantara yang kaya dengan rasa, sejarah dan budaya. Masakan ini sering menjadi hidangan istimewa ketika Hari Raya dan majlis keluarga.
Pernahkah kamu mencuba rendang? 🤔
Bersetujukah kamu bahawa rendang antara makanan paling sedap di dunia?
Berikan komen kamu di ruang bawah!
13/05/2026
📚✨ Karya Kreatif – Edisi Mac
Inilah karya sajak dan cerpen pilihan bulan Mac daripada ruangan khas, kerjasama Berita Harian/Berita Minggu dan MLLPC.
Ingin membaca karya penuh? Lungsuri lelaman web MLLPC sekarang melalui pautan di bio!
Berminat untuk melihat karya anda diterbitkan dalam Berita Minggu?
Ayuh hantarkan karya anda! 🖊️
Berita Harian Singapura
24/04/2026
📰 Kem Wartawan Muda 2026 — serlahkan bakat kewartawanan anda!
Berminat dalam dunia kewartawanan? Inilah peluang bagi pelajar Menengah 1–3 untuk mengasah bakat penulisan, menghasilkan video kreatif dan memupuk pemikiran kritis dalam era AI.
Bertemakan “Bijak Siber, Berita Wibawa”, peserta akan belajar menilai kesahihan maklumat dan menghasilkan laporan serta suntingan video.
✨ Penyertaan percuma. (ditaja sepenuhnya oleh MLLPC)
📍 Auditorium SPH, News Centre
📅 2–3 Jun 2026
👥 Maksimum 2 kumpulan setiap sekolah (4 orang setiap kumpulan)
📌 Daftar sebelum 8 Mei 2026 melalui pautan yang berikut:
https://tinyurl.com/kemwartawanmuda26
Imbas kod QR pada poster.
Tempat terhad. Jangan lepaskan peluang untuk mencungkil bakat wartawan muda sekolah anda!
22/04/2026
📚✨ Karya Kreatif – Edisi Februari
Inilah karya sajak dan cerpen pilihan bulan Februari daripada ruangan khas, kerjasama Berita Harian/Berita Minggu dan MLLPC.
Ingin membaca karya penuh? Lungsuri lelaman web MLLPC sekarang melalui pautan di bio!
Berminat untuk melihat karya anda diterbitkan dalam Berita Minggu?
Ayuh hantarkan karya anda! 🖊️
Berita Harian Singapura
20/04/2026
Enam hidangan berasaskan beras dan pulut — ketupat, lontong, lemang, lepat, burasak dan nasi himpit — bukan hanya sekadar makanan, tetapi cerminan kebijaksanaan dan falsafah masyarakat Melayu.
Dari balutan daun hingga cara penyediaan, setiap satu membawa makna yang tersendiri. Biasa kita makan, tapi pernahkah kita fikir maknanya?
🍚 Hidangan yang mana satukah yang menjadi pilihan kamu semasa Hari Raya?
Komen di ruang bawah!